Monday, October 26, 2009

Sokongan kepada kenyataan media Pesuruhjaya PAS Sabah

PAS Sandakan menyokong pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah berhubung dengan isu dalaman PAS yang kononnya membimbangkan hingga ada cadangan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Khas PAS.

1. PAS Sandakan amat bersetuju bahawa setiap permasalahan yang wujud dalam jemaah perlu diselesaikan secara berjemaah juga. Jangan jadikan media sebagai tempat untuk berbahasa secara terbuka.

2. Ahli perlu memantapkan iltizam dan memberi keyakinan penuh kepada pucuk pimpinan untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang berbangkit. Dalam hal ini setiap ahli perlu memberi wala' yang tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan yang telah dipilih pada muktamar yang lepas.

3. Perlu diketahui bahawa musuh-musuh jemaah sentiasa memerhatikan kita dengan penuh minat dengan hasrat mencari kelemahan-kelemahan yang tercipta sama ada kita sedar atau tidak. Mereka sentiasa mencari ruang-ruang untuk menimbulkan bibit-bibit kebencian di antara kita.

4. Setiap isu yang berbangkit perlu segera diatasi agar ia tidak berpanjangan. Jika tidak ia akhirnya akan melemahkan jemaah. Dalam hal ini setiap ahli perlu berperanan untuk cuba bertenang, dapatkan maklumat yang tepat dan jangan terlalu emosi dalam memberikan pandangan. Moga-moga Allah S.W.T. sentiasa kita bersama kita dalam menghadapi saat susah mahupun senang dalam jemaah.


YDP PAS
Kawasan Sandakan