Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 yang dikeluarkan hari ini, Projek Pembinaan Jalan Sapulut-Kalabakan yang menghubungkan pekan Sapulut di Keninganu dengan Kalabakan di Tawan tidak mencapai objektif. Ini kerana peruntukan yang besar iaitu sebanyak RM565 juta hanya dapat menyiapkan jalan gravel saja, sedangkan peruntukan tersebut untuk menyiapkan jalan bertar atau berturap.
Persoalannya ke manakah menghilangnya peruntukan yang selebihnya? Adakah kos RM565 juta itu berbaloi dengan jalan 'gravel' tersebut? Perlu dicadangkan supaya satu siasatan dijalankan bagi mengenalpasti punca kos yang begitu besar dan penyelewangan-penyelewangan yang wujud dalam pembinan jalan tersebut.
Pihak Ketua Audit Negara juga perlu memanjangkan perkara tersebut untuk tindakan selanjutnya dan bukan sekadar di dalam laporan saja. Kita tidak mahu kes-kes sebelum ini seperti yang pernah dilaporkan oleh Audit Negara ke atas beberapa kementerian berulang. Sudah jelas pembaziran telah berlaku dan berharap pihak yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.