Saturday, June 27, 2009

Peniaga diisytiharkan calon PAS di Manek Urai

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia

Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.

ImageBiarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Kakak sulungnya, Mariam isteri kepada seorang pesara polis kini tinggal di Kampung Laloh.

Keluarganya berasal dari Bukit Marak berhijrah ke Kuala Krai ketika beliau berusia lima tahun.

Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.

Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.

ImageKelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia.

Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.

Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.


Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.

ImageOrang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.

Biar pun kenderaan disekat melintasi jambatan merentangi Sungai Lebir menghala ke Manek Urai Lama mulai jam 7 petang semalam, namun banyak kenderaan masih lagi tersangkut untuk keluar ke jalan besar jam 1 pagi.



Sumber : HarakahDaily.Net

Tuesday, June 23, 2009

Mursyidul Am Arah Semua Pimpinan PAS Ke Manek Urai



Polemik Kerajaan Perpaduan Tamat - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan semua pimpinan PAS khususnya pimpinan pusat turun ke pilihanraya kecil Manek Urai terutamanya pada hari penamaan calon.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/mesranikaziznasha.jpg"Pada hari penamaan calon, InsyaAllah, semua pimpinan PAS Pusat akan hadir bersama di (pilihanraya kecil) Manek Urai,"katanya mengakhiri sidang media di pejabat Agung PAS semalam.

Dengan kenyataan pemimpin spiritual PAS itu tamatlah desas-desus yang dikatakan melarang pimpinan PAS penyokong isu kerajaan perpaduan turun berkempen dalam pilihanraya kecil tersebut dan turut menenangkan kegelisahan yang dirasai oleh semua ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat menghadapi ketegangan isu kerajaan perpaduan.

Dalam sidang media yang sama, sebelum itu, beliau telah menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.


Beliau berkata, malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.


"Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.


"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan," katanya


Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS juga bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politIk murahan Umno.


"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair," katanya membacakan kenyataan dihadapan kesemua pimpinan tertinggi PAS yang turut hadir..


Sehubungan itu, Nasharudin yang ditemui selepas sidang media itu berkata hubungan antara beliau dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah.


"Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai...itu sahaja, tiada lagi komen," katanya ringkas.


Sumber : http://www.buletinonline.net/


Sunday, June 21, 2009

YDP PAS Kawasan Sandakan dapat cahaya mata baru

Salam perjuangan...

Seluruh Ahli Jawatankuasa dan pendokong PAS Kawasan Sandakan merakamkan ucapan tahniah buat YDP atas kelahiran cahaya mata yang ke 4 pada hari khamis baru-baru ini.

Difahamkan anak ke 4 ini adalah seorang bayi lelaki yang juga anak lelaki kedua dalam keluarga beliau. Semoga dengan kehadiran bayi baru ini menambahkan lagi kebahagiaan dan kegembiraan serta dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Nampaknya bertambahlah seorang lagi generasi pewaris pejuang di bumi Sandakan.
Tahniah dari kami semua.

Saturday, June 20, 2009

PAS usaha tawan Sabah & Sarawak

Dewan Pemuda PAS bawah kepemimpinan baru akan meningkatkan kempennya di Sabah dan Sarawak dalam usaha membantu Pakatan Rakyat menguasai kerajaan persekutuan, kata ketuanya.

“Kita ada projek ‘Semenanjung 2′ bagi mengukuhkan tapak Dewan Pemuda di Sabah, Sarawak dan Labuan,” kata Nasrudin Hassan.

“Jadi untuk itu, kita fikir, Sabah dan Sarawak tidak boleh dipandang di kelas kedua atau dipandang sepi. Kita bakal mewujudkan satu lajnah baru khusus untuk Sabah dan Sarawak agar kita dapat benar-benar pastikan PAS mampu tapak kukuh seperti di Semenanjung.”

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau bertegas tidak ingin mengubah penampilan sesuai dengan peranan barunya dalam politik walaupun ada pihak mempertikaikannya.

“Apabila orang pertikaikan, secara tak langsung mereka beri perhatian kepada saya. Saya hendak sebut, kepimpinan bukan dinilai daripada cara berpakaian, tetapi pada karisma, pemikiran dan kemahiran bekerja,” katanya.

“Dan saya tidak akan menukar imej, sebab itu diri saya. Dan saya tidak boleh jadi orang lain. Saya akan kekalkan imej itu. Saya percaya, kawan-kawan sedia memahaminya.

“Komentar-komentar itu saya anggap sebagai satu cabaran untuk saya buktikan bahawa saya bukanlah sebagaimana yang mereka sangka.”

Nasrudin diminta mengulas teguran terhadap penampilannya yang kerap berjubah dan berserban, berbeza dengan dua ketua dewan itu sebelumnya Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Bagaimanapun ketika ditemui Selasa lalu, ulama muda berkelulusan syariah Universiti Al-Azhar itu tampil kemas dalam kemeja hitam berjalur tegak, serta berkopiah putih tanpa serban.

Setelah kira-kira sepuluh tahun Pemuda PAS tidak dipimpin oleh ulama, Nasrudin yakin, latar belakang pendidikannya tidak akan menjadi kekangan dan masalah untuk memimpin dewan itu.

Anak kelahiran Besut itu menambah, setelah lima penggal dalam Dewan Pemuda – sejak dua penggal bawah kepimpinan Mahfuz – beliau telah mendapat didikan organisasi yang mencukupi.

“Jadi, saya boleh mengimbangi latar belakang saya sebagai pelajar agama dengan kemahiran dan trend kerja daripada mereka. Sebab itu saya tak rasa kekok atau janggal,” katanya, yang pernah menuntut di pondok Al-Diniyyah Albakriah dekat Kota Bharu.

Setelah menang tanpa bertanding dalam pemilihan dewan itu awal bulan ini, Nasrudin berhasrat mengubah gaya pentadbiran Pemuda PAS dengan mengagihkan kerja “ala kabinet” dan “memanfaatkan semaksimum mungkin tenaga dan sumber-sumber parti.”

“Sebelum ini, kita lihat kecenderungan, sama ada sedar atau tidak, kalau nak buat kenyataan akhbar, kalau nak buat kenyataan rasmi, biasanya oleh ketua Pemuda. Akhirnya, tradisi itu sedikit sebanyak menenggelamkan exco-exco Pemuda yang lain.

“Jadi tahun ini, saya ambil pendekatan bekerja ala kabinet. Maknanya, selepas ini, exco Pemuda yang memegang portfolio masing-masing, mereka akan keluarkan kenyataan sendiri bersesuaian dengan portfolionya,” katanya.

“Dia akan bertindak dalam ruang dan bidang kuasa yang diberikan sebebas mungkin, tanpa perlu terikat atau dibayangi oleh ketua Dewan Pemuda sendiri.”

Dalam wawancara 90 minit itu, Nasrudin juga menegaskan keperluan mendekati bukan Melayu bermula dengan program pendidikan dan kebajikan.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, beliau bertegas mempertahankan tindakan tradisional dewan itu yang lantang menentang pengajuran konsert artis dan penjualan alkohol di kalangan orang Islam.

“Yang pertama, kita akan teruskan dasar itu. Sebab apa pun masalahnya, keadaannya, kita tetap tidak boleh berkompromi dengan kemaksiatan, kemungkaran, kerana itu sangat asas dalam Islam. Yang haram itu tetap haram hukumnya.

“Sementara yang halal itu tetap halal hukumnya. Isunya adalah isu pendekatan, cara kita menangani isu itu. Maka untuk itu, kita akan kaji pendekatan yang telah kita bawa sebelum ini. -Malaysiakini


Sumber : http://www.sabahdaily.com

Saturday, June 13, 2009

Tahniah buat Haji Ahmad Dollah atas perlantikan sebagai AJK PAS Pusat

PAS Kawasan Sandakan merakamkan ucapan tahniah kepada Haji Ahmad Dollah kerana telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi sesi 2009-2011.

Perlantikan Haji Ahmad Dolah telah mencipta sejarah PAS negeri Sabah kerana buat pertama kalinya pimpinan PAS Sabah dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Sebelum ini Haji Ahmad Dollah merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah dan bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah. Beliau merupakan anak kelahiran Tawau dan pimpinan muda yang berbakat dan aktif dengan kegiatan kemasyarakatan khususnya di daerah Tawau.

Dengan perlantikan beliau sebagai AJK PAS Pusat, diharapkan dapat membawa suara atau sebarang isu dari negeri di bawah bayu ini ke peringkat nasional untuk diberi perhatian dan diterjemahkan dalam tindakan yang lebih berkesan. Mudah-mudahan perlantikan ini memberi manfaat yang besar kepada perjuangan PAS Sabah.



Friday, June 12, 2009

Senarai Penuh AJK PAS Pusat sesi 2009 - 2011

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN
SESI 2009 – 2011


PRESIDEN : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

TIMBALAN PRESIDEN : YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA

NAIB PRESIDEN (1) : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

NAIB PRESIDEN (2) : YB SALAHUDDIN AYUB

NAIB PRESIDEN (3) : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR

KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB

KETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI

KETUA DEWAN MUSLIMAT : USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD

AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR

AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK

AHLI JAWATANKUASA KERJA (9) : MOHAMED HANIPA MAIDIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (10) : YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH

AHLI JAWATANKUASA KERJA (11) : YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (12) : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (13) : YB DR DZULKEFLY AHMAD

AHLI JAWATANKUASA KERJA (14) : YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

AHLI JAWATANKUASA KERJA (15) : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (16) : MAZLAN ALIMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA (17) : YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

AHLI JAWATANKUASA KERJA (18) : YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA

PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – JAWATAN-JAWATAN UTAMA

SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
BENDAHARI PAS PUSAT : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
KETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN



PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (5) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – TAMBAHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT

AHLI JAWATANKUASA KERJA (1) : YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
AHLI JAWATANKUASA KERJA (2) : HAJI MOHAMAD SABU
AHLI JAWATANKUASA KERJA (3) : HJ MOHD ANUAR TAHIR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (4) : HAJI ASMUNI AWI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (5) : YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
AHLI JAWATANKUASA KERJA (6) : YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
AHLI JAWATANKUASA KERJA (7) : YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
AHLI JAWATANKUASA KERJA (8) : HAJI AHMAD DOLLAH


PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 34 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – PESURUHJAYA PAS NEGERI


PESURUHJAYA PAS PERLIS : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
PESURUHJAYA PAS KEDAH : YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN
PESURUHJAYA PAS PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN
PESURUHJAYA PAS KELANTAN : YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
PESURUHJAYA PAS TERENGGANU : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
PESURUHJAYA PAS PAHANG : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
PESURUHJAYA PAS SELANGOR : DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI
PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN : HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN : HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
PESURUHJAYA PAS MELAKA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
PESURUHJAYA PAS SABAH : HAJI MUHAMAD ABDULLAH
PESURUHJAYA PAS SARAWAK : USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA

Tuesday, June 9, 2009

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS


KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini dan sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manik Urai.

Sementara itu, Mustafa dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya berkaitan dengan kerajaan perpaduan.

"Saya menggunakan perkataan merayu kerana saya tidak ada autoriti untuk arah. Jadi saya merayu khususnya pimpinan PAS agar tidak ada sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan yang akan memberikan barangkali gambaran serta persepsi negatif.

"Tugas saya hari ini bersama jentera pilihan raya PAS ialah lawan dengan Barisan Nasional. Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini. Sebab apabila kita menggunakan apa istilah pun mengenai kerjasama ini, ia 'misleading'.

"Sebab kerjasama kita hari ini adalah dengan Pakatan Rakyat. Kalau 'engagement' ya. Kita nak bercakap dengan MCA dan MIC tidak ada masalah. Bercakap tidak salah,"katanya.

Dalam pada itu beliau turut memberi respons kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta PAS memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

"Saya tidak salahkan Guan Eng membuat kenyatan itu. Saya tahu memang ada dilontarkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tapi ia hanya satu teori dan konsep. Pada saya sekadar melontarkan itu tidak salah,"katanya.

Jelas Mustafa, isu mengenai Kerajaan Perpaduan pernah dilontarkandalam mesyuarat PAS tetapi tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan.

Mustafa juga menyatakan beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas itu. Dan selepas itu berlaku peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib.

"Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP.

"Tetapi apabila DAP mengatakan tidak tahu mengenai perkara ini, maknanya maklumat tersebut tidak sampai kepada DAP," jelasnya.

Beliau berpandangan, kenyataan yang timbul adalah disebabkan berlaku salah faham mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini. Bagaimanapun katanya, isu ini tidak akan berbangkit setelah diberi penjelasan.

Justeru katanya, dalam perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan datang, isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini akan dapat diterangkan oleh Presiden PAS.


Sumber : HarakahDaily.Net



1MALAYSIA FURTHER MARGINALISED THE MUSLIMS?

By HAMZAH ABDULLAH

We have witnessed lately news coverage in the mainstream medias be it in Sabah or at the national level on the smartness of Chinese political leaders, prominent and influential Chinese business leaders and Chinese NGOs in positioning themselves on the 1Malaysia slogan by making demands from the government to channel more funds to Chinese schools and their temples.

The Chinese excel and dominated virtually every aspects of life be it in the educational or economic spheres in this country and played kingmaker role in Malaysia's political scenario.

The Chinese are also good at appointing influential UMNO YBs to sit on the Board of Directors of their companies in order that these YBs could be used as bridges to gain more economic opportunities such as government contracts and also to acquire lands for agriculture, aquaculture or constructing of shopping lots, and worst of all to legitimise the widespread issuance of faked Sijil Anak Negeri certificates etc., etc.,

The UMNO/BN YBs appeared very complacent with monetary gains they received as kickbacks for their dumbness on the issue of faked Sijil Anak Negeri as was recently exposed by En Hassnar Ebrahim and also from their role in getting government projects for the companies on which they sit as Board of Directors

While the Chinese are good at making lots of demands for their community, the Muslim leaders in UMNO could only speak, speak, speak like 'tin kosong' (empty cans).


What has MUIS done to uplift the educational standard of Islamic schools and revising teachers' salaries who have been very commited in discharging their responsibilities and are still earning a take home pay of no more than RM800.00 monthly?

Why has MUIS been keeping dumb on the failure to build up a mosque as promised by the developer on the land owned by MUIS at Mile 5, Jalan Utara in Sandakan?

Why can't MUIS make public the revenues it earned from the project of which it is a co-developer with IJM on that land which measured slightly less than 500 acres and where the revenues are channelled to?

Why has USIA given out the prime land in Kota Kinabalu to 1Borneo when USIA could have used the land to construct bazaar-style trading outlets which could be afforded by small scale Muslim enterpreneurs?

Why has there been no surau constructed in 1Borneo to enable Muslims to perform their prayers while shopping at the mall?

Why has USIA failed to clarify to the public on news circlulating in town that it was given a raw deal by the co-developer on the building that it should own up which was later switched to the one at the back and not the one at the front as earlier agreed upon.

Why has USIA done nothing to assist Muslim lawyers who should equally share the job of preparing the Sale and Purchase agreement on properties at 1Borneo?

Restricting students from taking up more than 10 subjects at the SPM level as announced by the DPM-cum-Minister for Education, proved just another blunder of the 1Malaysia slogan "PEOPLE FIRST, PERFORMANCE NOW'.

What performance are UMNO/BN leaders talking about when students proved they can perform better with all As in the 21 subjects they enrolled for as manifested by Nik Nur Madihah, a Kelantanese who scored 1As in all the 21 subjects.

Restricting students from taking more than 10 subjects speaks for itself the hypocrisy of the slogan PERFORMANCE NOW because you are actually not in favour of students who can perform to perform simply because these students are mainly from Sekolah Menengah Agama.

Sumber : http://www.sabahkini.net/