Posted on Thursday, October 15 @ 01:53:10 PDT by PaktamOleh ostarmy "
Antara yang banyak diperkatakan ialah berkaitan dengan sistem pengundian yang akan meramaikan ahli yang akan memilih dalam pemilihan-pemilihan (menambah bilangan perwakilan pada pemilihan pimpinan tertinggi parti dan di peringkat bahagian kepada 146,500 orang daripada 2,510 orang) yang akan datang bagi mengelakkan rasuah (istilah UMNOnya politik wang).
Apakah perubahan ini hanya bertujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah atau mempunyai pelbagai tujuan lain yang mungkin tidak dapat difahami oleh perwakilan UMNO di perhimpunan 2009.
Perhimpunan Agung UMNO 2009 ini nampak jelas banyak perubahan yang akan berlaku kepada UMNO. Kesan PRU 12 sambil memandang ke hadapan PRU 13 menyebabkan UMNO terpaksa melakukan perubahan bagi memastikan kesinambungan kewujudan UMNO pada masa akan datang. Maka rancaklah semua pihak menyuarakan pendapat mereka sama ada yang menyokong, yang hanya sebagai pemerhati mahupun yang berada di pihak pembangkang.
Pada mata kasar memang jelas bahawa pertambahan jumlah perwakilan yang akan mengundi memilih pemimpin mampu mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah. Tetapi secara tidak langsung ini akan memberi kedudukan yang kukuh bagi mereka yang telah sedia ada di tampuk kepimpinan.
Seperkara lagi bagi pimpinan yang mempunyai kuasa dan kedudukan yang juga mempunyai akses kepada media massa akan mudah untuk terpilih sebagai pimpinann berbanding dengan mereka yang hanya mempunyai kreadibiliti kepimpinan. Pimpinan akan dipilih melalui kemampuan mereka mempromosi diri mereka.
Semua media akan digunakan dengan sehebat mungkin. Media ini termasuk televisyen, akhbar, media maya, sms dan media 'ulat-ulat pengampu UMNO' akan digunakan untuk mempromosikan diri sendiri dan mempromosikan keburukan diri orang lain. Lihatlah dan bayangkanlah bagaimana buruknya situasi dalam UMNO ketika hampir setiap kali pemilihan pada masa akan datang.
Rasuah berkemungkinan berkurangan tetapi publisiti negatif akan bertaburan di tempat-tempat perjumpaan sama ada di alam nyata atau di alam maya. Berita-berita negatif biasanya lebih mendapat perhatian daripada berita-berita kebaikan individu tertentu. Sebaran kawasan liputan berita juga terpaksa lebih meluas kerana perwakilan yang akan mengundi berada di seluruh pelusuk negara dan jumlahnya jauh lebih ramai. berita negatif ini bukan saja akan sampai ke telinga para perwakilan tetapi kepada semua rakyat Malaysia. Berita ini juga tidak dapat dipadamkan daripada ingatan warga Malaysia dalam jangka masa singkat. Apabila berlakunya PRU atau PRK berita-berita ini akan timbul kembali oleh lawan dalam UMNO sendiri atau dari pihak lawan. Maka timbullah titik-titik hitam pada calon yang dikemukakan oleh UMNO dan titik-titik hitam ini juga terpalit kepada UMNO kerana gagal mengenengahkan calon bersih.
Namunn itu semua seakan tidak menjadi masalah bagi UMNO selepas PRK Bagan Pinang kerana calon yang telah disabitkan atas tuduhan rasuah (istilah UMNO politik wang) dan menjalani hukuman masih diterima pengundi.
sumber :http://www.detikdaily.net