Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 April: Para mufti khasnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad. Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit. |
Thursday, April 29, 2010
ARB labur dalam Magnum: Harussani diminta beri pandangan Harakahdaily
Wednesday, April 28, 2010
Bahaya Zionisme meresapi Umno-BN
Negara kita yang tercinta, kini berada di ambang ancaman yang amat berbahaya akibat kebuasan nafsu pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional yang sedang kemaruk untuk mengekalkan kuasa.
Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seharusnya tidak memutarbelitkan fakta yang sudah diperakui oleh kerajaan pimpinannya, iaitu menggunakan khidmat perunding Yahudi Zionis APCO Worldwide dengan bayaran terkini RM77 juta sejak setahun lepas.
APCO Worldwide pada asasnya adalah syarikat komunikasi yang digunakan untuk menjernihkan imej Umno-BN yang tercalar teruk pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.
Peranannya sekarang sudah menjadi begitu besar. Ia menjadi penasihat utama kepada PM untuk membentuk imej baru, memulihkan persepsi rakyat dan menggunakan pelbagai taktik dan strategi.
Oleh kerana APCO sendiri merupakan sebuah syarikat Yahudi Zionis, maka ia tidak boleh lari daripada menggunakan pendekatan ala Zionisme yang terkenal amat licik, ganas dan tidak berperikemanusiaan.
Zionisme menggunakan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' dan menganggap semua penentangnya sebagai ghayyim (hina) yang mesti dimusnahkan walau sekejam mana sekalipun.
Dikhuatiri pendekatan sebegini yang menjadi pegangan Umno-BN, demi untuk mengekalkan kuasa yang mereka nikmati selama lebih 50 tahun dalam negara.
Dikhuatiri pemimpin Umno-BN akan menggunakan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' untuk memusnahkan penentang-penentangnya yang terdiri daripada Pakatan Rakyat.
Elemen-eleman nasihat Zionisme sudah mulai subur dalam negara. Ia sudah menjarah minda pemimpin Umno. Ia sudah dipraktikkan oleh media tali barut Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.
Khususnya di Hulu Selangor, Umno-BN memainkan kononnya kesucian calon Pakatan Rakyat tercemar, media tali barut membesar-besarkan cerita mengenai seorang individu, sedangkan bertimbun-timbun manusia Umno yang jauh lebih rosak dan tercemar disembunyi dan dilindungi.
Mereka merasuah rakyat secara terang-terangan, mengagihkan wang, menabur janji pembangunan, memeras ugut penyokong Pakatan Rakyat dengan sewenang-wenangnya akibat kemaruk kuasa.
Mereka cuba menipu rakyat, membohongi rakyat, memperbodoh-bodohkan rakyat, bahawa kononnya merekalah parti yang memperjuangkan nasib rakyat.
Namun, rakyat yang terpelajar, rakyat yang cerdik tidak akan tertipu. Yang tertipu hanyalah rakyat yang minda mereka tertutup, mereka berada jauh dari arus pembangunan, mereka dibiarkan miskin dan susah, agar mereka mudah diperas ugut.
Ayuh pendukung Pakatan Rakyat, atas nama keadilan Islam, atas nama demokrasi, atas nama hak asasi dan kebebasan, kita bangkit menentang kemungkaran ini. Kita bangkit menentang kefasadan yang berlaku akibat nasihat Yahudi Zionis ini.
Kita tidak sama sekali harus membenarkan negara dijajah oleh Yahudi Zionis. Kita adalah bangsa yang bermaruah, kita adalah bangsa yang mempunyai susur galur budaya yang amat murni.
Kita menolak kekejaman, kita menolak manipulasi, kita menolak pengaruh fahaman Yahudi Zionis yang dibawa oleh Umno-BN dalam negara. Jangan sesekali kita berundur walaupun kita terpaksa berhadapan dengan rintangan yang lebih besar di hadapan nanti.
Kita harus bekerja lebih kuat dan gigih, menyatupadukan gerombolan Pakatan Rakyat, mendidik rakyat untuk lebih prihatin dan peka untuk terus menolak BN pada PRU ke-13 nanti.
Sumber: http://www.harakahdaily.net
Thursday, April 22, 2010
Gasolin: Kerajaan Najib pro-Israel
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 April: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pro-Israel berdasarkan tindakan mereka menghentikan bekalan gasolin petroleum bertapis ke Iran. Kamarudin berkata, tindakan Malaysia itu seolah-olah menyokong Israel yang telah lama memusuhi Iran. "Ini membayangkan pentadbiran negara hari ini seolah-olah sudah duduk dalam blok negara-negara yang menyokong Israel kerana Israel sebenarnya memusuhi Iran, dan hanya Iran sahaja yang menjadi ancaman kepada Israel," katanya. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, tindakan itu sekaligus membuktikan bahawa perjanjian kontrak Malaysia dengan APCO Worldwide berjaya menjadikan pentadbiran Malaysia turut serta dalam perang tekanan sekutu Israel ke atas Iran. "Kita kecewa dengan tindakan ini kerana seolah-olah mahu membawa negara ini kepada menyokong negara yang kejam (Israel) yang diketahui akan kerakusan mereka membunuh rakyat Palestin," katanya. Ujar Kamarudin, akibat rasa terancam dengan pembangunan tenaga nuklear Iran, Israel menggunakan Amerika Syarikat untuk mengumpulkan kekuatan mencari sokongan menekan Iran. "Akhirnya hari ini dengan kerjasama yang kononnya erat bersama Amerika, dan hasil lobi yang dibuat APCO, Malaysia berada bersama-sama negara yang menyokong Israel. "Ini satu yang memalukan kepada kita sedangkan kita sebagai sebuah negara Islam dan menyertai OIC," ujarnya. Najib mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasolin ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini. "Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran," kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa. "Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan," tambahnya. Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatannya ke Amerika itu. Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasolin ke Iran, sebagai tidak tepat. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasolin ke Iran untuk menghentikan negara itu daripada meneruskan projek nuklearnya. Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan Good Morning America (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika. "Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) - nama fency untuk gasolin - regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan," kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita. Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nuklear. Bagaimanapun Iran menjelaskan, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi kegunaan awam di negara itu. |
Monday, April 19, 2010
Sekat Iran, Najib dicabar saman media antarabangsa
KUALA LUMPUR, 19 April: PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaman media antarabangsa berhubung pendedahan tentang sekatan eksport gas ke Iran oleh Petronas. Laporan seperti The Wall Street Journal, AFP dan Reuters sebelum ini melaporkan sekatan terhadap Iran itu dibuat sebagai usaha Malaysia untuk menyokong Amerika yang berkempen untuk melakukan sekatan ke atas negara itu. Sumber: HarakahDaily |
Saturday, April 17, 2010
Presiden PAS arah sokongan 100% kepada Zaid
HULU SELANGOR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP. Abdul Hadi juga memberitahu, selepas Zaid meletakkan jawatannya dan keluar dari Umno, beliau juga ada berbincang dengan para pemimpin PAS untuk menyertai parti Islam itu atau menyertai PKR. Selepas berbincang termasuk dengan pemimpin PKR, mereka bersetuju Zaid perlu menyertai PKR. Sumber: HarakahDaily |
Baru kami sedar, BN tidak minat bela rakyat
KOTA KINABALU, 18 April: “Sekarang kami baru sedar, BN memang tidak berminat untuk membela rakyat. Kami tertipu dan ditipu oleh para pemimpin BN,” kata seorang anak muda di Kampung Bakau, Likas yang mahu dikenali sebagai Jaidin. Sehubungan itu, beliau mahu pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor menolak BN dan menyokong Pakatan Rakyat agar peristiwa yang menyayat hati di kampung itu baru-baru ini tidak berulang di Hulu Selangor. Ini ekoran tindakan kejam Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri meroboh rumah-rumah penduduk setinggan di kampung itu yang amat menyayat hati dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh penduduk. Tanpa belas kasihan, para pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama anggota Rela meroboh satu demi satu rumah penduduk yang rata-ratanya miskin dan daif bermula 12 April lalu yang dijangka berakhir 24 April ini. Paling menyedihkan kakitangan DBKK dan Rela tergamak meroboh sebuah rumah ketika penghuninya sedang menikmati juadah makanan mereka. Tidak cukup dengan itu, orang-orang suruhan kerajaan BN ini telah merosakkan harta benda penduduk seperti barangan elektrik, perabot dan sebagainya. “Selama ini saya dan keluarga setia menyokong Barisan Nasional tetapi kenapa ini balasan yang kami terima? Saya ada sembilan orang anak dan enam orang masih bersekolah. Rumah saya diroboh dan sekarang kami tidak tahu mahu tinggal di mana,” kata Nasron yang tinggal bersama keluarga di sebuah pondok sempit dan usang. (Gambar bawah) Dengan nada sebak Nasron memberitahu: “Kami ini seperti tiada harga, dibuat macam binatang. Lebih teruk lagi daripada Yahudi. Kami dihalau tanpa bayaran pampasan satu sen pun. Saya disuruh ke Telipok Ria (perumahan rakyat) tetapi saya perlu membayar wang deposit sebanyak RM700. “Itu belum campur kos pendawaian elektrik yang lebih kurang kosnya RM2,000. Manakala anak saya bersekolah di Kampung Likas, tambang seorang menjadi RM80 sebulan. Maka dengan enam orang anak kos tambang sekolah sudah mencecah RM480 yang mana saya sendiri tidak mampu sediakan semua itu”. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Bakau, Nasir Ahid penduduk telah mendiami di situ selama 30 tahun iaitu awal tahun 1980-an lagi. Pada waktu itu, katanya penduduk yang berasal dari Semporna, Kudat dan Kota Marudu telah datang meneroka dan membina perkampungan di tanah paya seluas 23 ekar. Kesemua mereka Bumiputera malahan pengundi Kampung Bakau saja berjumlah 3,000 orang. “Pada masa itu, salah seorang ahli JKKK telah mempelawa saya membina rumah di sini dengan keluasan 30 x 40 kaki. Kebenaran yang diberikan membolehkan saya membina rumah untuk kami sekeluarga menumpang teduh dan meneruskan kehidupan,” kata seorang pesara polis yang tidak mahu dikenali. Kini beliau telah bersara manakala isterinya bekerja sebagai tukang sapu dengan gaji sebanyak RM17 sehari. “Apabila kerajaan mahu meroboh rumah kami, saya tidak tahu mahu ke mana kerana saya tidak mempunyai tanah dan wang,” katanya. Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Radin memberitahu: “Saya membuat panggilan kepada Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Jumat Idris untuk memohon bantuan kerana penduduk Kampung Bakau hidup kegelapan setelah pihak SESB memotong bekalan elektrik sejak Isnin lagi. Lantas Jumat menjawab ada baiknya juga hidup dalam kegelapan,” katanya yang tidak berpuas hati dengan lagak sombong pemimpin Umno itu. Robohnya rumah-rumah Kampung Bakau itu diiringi dengan tangisan dan hancur berkecainya harapan penduduk untuk terus menikmati kehidupan yang aman dan damai. Suatu ketika dahulu, apabila menjelang pilihan raya, wakil rakyat Dun Karambunai sekarang, Jainab Ahmad telah memberi jaminan bahawa nasib penduduk kampung itu akan dibela dan dipertahankan. Namun apabila rumah-rumah mereka telah ranap diroboh, wakil rakyat tidak muncul-muncul. Kini semuanya itu ternyata hanya janji-janji kosong belaka. Sumber: HarakahDaily |
PAS beri Amaran-Jangan benarkan Tony Blair jejak kaki di Malaysia
Thursday, April 15, 2010
Israel di PDRM: Jawapan kerajaan makin mengelirukan
Abdul Aziz Mustapha |
KUALA LUMPUR, 15 April: Penjelasan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang cuba menggambarkan warga Israel tidak begitu terlibat dalam projek Police Reporting System (PRS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja gagal meyakinkan malah semakin mengelirukan. Ketika mempertikaikan penjelasan mengelirukan itu, Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution mempersoalkan dakwaan Abu Seman kononnya siasatan polis pada bulan Jun 2008 mengesahkan tidak ada elemen ataupun penglibatan Israel. "Saya cuba fahamkan kronologinya berdasarkan kepada penjelasan Timbalan Menteri. Bulan Jun 2008, Timbalan Menteri sebut tadi siasatan polis mengesahkan tidak ada elemen ataupun penglibatan Israel. Itu fakta jawapan tadi. "Kenyataan muka hadapan Star yang saya rujuk ialah 5 Ogos 2008, yang menyebut bahawa IGP (Ketua Polis Negara - KPN) sebut ‘We informthe Home Ministry as soon as we learned about the Israeli involment’. Ini 5 Ogos 2008," kata Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR. Beliau mempersoalkan, apa yang mendorong KPN mengeluarkan kenyataan mengenai penglibatan Israel dalam PDRM jika benar sebelum itu, iaitu pada bulan Jun 2008, siasatan sudah mengesahkan tidak ada penglibatan Israel dalam PDRM. Dakwaan Abu Seman lebih tidak meyakinkan apabila Saifuddin juga membangkitkan pada pada bulan November 2008, Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar meminta Masterplan Consulting Sdn. Bhd memberikan penjelasan tentang penglibatan Israel sehingga menyebabkan Masterplan menamatkan kerjasama mereka dengan Asiasoft. "Kenapa ditamatkan kalau tidak ada penglibatan yang mencurigakan ini melalui ikatan syarikat Asiasoft tadi?" Ahli Parlimen Machang itu mempersoalkan. Menurut pengakuan Timbalan Menteri Dalam Negeri sendiri, 51 peratus saham Asiasoft Global Pte Ltd "dimiliki oleh Top Image Systems Limited (TIS), yang mana dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel". 49 peratus lagi dimiliki Toh Kian Hong, rakyat Singapura. Abu Seman juga menjelaskan, pembangunan sistem PRS ianya dilaksanakan melalui empat fasa mengikut zon. Setakat ini, katanya lagi, projek tersebut telah dilaksanakan sehingga ke fasa tiga dan jumlah kos bagi ketiga-tiga fasa adalah bernilai lebih kurang RM119 juta bagi tempoh 2001 dan 2007. Menurut beliau lagi, Masterplan yang memperolehi projek itu telah melantik subkontraktor iaitu Syarikat Asiasoft Malaysia Sdn. Bhd. bagi melaksanakan sebahagian aplikasi sistem PRS di mana 70 peratus dari saham syarikat itu daripadanya dimiliki oleh rakyat Malaysia dan bakinya 30% dimiliki oleh Syarikat Asiasoft (Singapore) Pte Ltd. Selepas Ogos 2007, 100% saham milik Syarikat Asiasoft (Singapore) Pte. Ltd. telah diambil alih oleh syarikat Asiasoft Global Pte Ltd. Apa yang lebih membimbangkan ialah apabila Saifuddin juga mendedahkan keterlibatan Asiasoft jauh lebih lama dari itu apabila PRS 1, PRS 2 dan PRS 3 kesemua menggunakan perisian (software) Asiasoft. Abu Seman tidak menafikan pendedahan Saifuddin yang menunjukkan PRS menggunakan perisian syarikat yang turut didominasi Zionis Israel itu. Sumber: HarakahDaily |
Monday, April 12, 2010
Israel: Najib digesa jelas pendirian tegas negara kepada Obama
KUALA LUMPUR, 12 April: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan pendirian tegas Malaysia tentang status negara haram zionis-Israel kepada Barack Obama dalam Sidang Kemuncak Nuklear di Washington hari ini dan esok. Beliau juga menyeru kerajaan memperbaiki kepakaran para diplomat tempatan supaya tugas-tugas diplomatik secara profsional di Washington boleh dilakukan oleh Kementerian Luar Negara sendiri. "Latihlah para pegawai diplomat kita kalau kita lemah dalam melobi di Washington (supaya) kontrak-kontrak diberikan pada (firma) luar (negara) supaya menguruskan kerja-kerja kementerian luar,” ujarnya di Dewan Rakyat hari ini. Menurut beliau, kerajaan tidak perlu menggunakan firma-firma luar yang dikaitkan dengan pengaruh zionis-Israel, seperti Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) untuk memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di Washington. "Kalau Yang Berhormat Perdana Menteri bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat sekalipun, kita tidak perlu pelobi-pelobi luar, khususnya yang ada hubungan dengan Israel." Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail meminta Kamaruddin menjelaskan sejauh mana aktiviti melobi di Washington penting untuk tanah air. Menjawab soalan itu Kamaruddin berkata, sewaktu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman menjadi duta sulung Malaysia ke Washington, aktiviti melobi tidak berlaku. Pun begitu, menurut beliau, semua ahli Parlimen perlu mengakui bahawa budaya di Washington menggalakkan aktiviti melobi. Sebab itu, menurut beliau, para diplomat tempatan perlu diasuh supaya menjadi pelobi profesional bertaraf antarabangsa. Sumber: http://www.harakahdaily.net |
Sunday, April 11, 2010
Percambahan masalah sosial akibat mengenepikan Islam
Percambahan masalah sosial pada hari ini merupakan rentetan daripada rentetan masalah sosial yang kurang diambil perhatian oleh pihak yang berwajib. Sejarah masalah sosial sejak 30 tahun yang lalu mendedahkan, isu percambahan kumpulan Rock, dadah, dedah dan aids telah berlaku sepanjang tahun 80an. Kemudian pada 1990an, isu sosial yang mendapat perhatian ialah gejala bohsia dan bohjan, gejala lepak, isu buang bayi dan kemuncaknya ialah isu murtad pada akhir 90an. Menjelang tahun 2000 pula, isu diteruskan dengan Black Metal dan pergaulan terlalu bebas yang menjadi trend pada masa ini. Kebimbangan isteri PM dan Shahrizat Jalil amat dialu-alukan tetapi ia tidak cukup sekadar itu. Kenapakah kini baru bersuara dan adakah mereka baru terperasan. PAS yang komited memperjuangkan Islam sangat prihatin dalam masalah ini dan dengan kemampuan yang ada, PAS telah berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya kepada pemuda dan remaja.
Almarhum Ustaz Fadhil Nor pernah menyebutkan kebimbangannya dengan statistik kelahiran anak luarnikah dalam Parlimen, tetapi ia berlalu begitu sahaja. Kini statistik anak luar nikah telah meningkat dengan ketara. Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Kesungguhan kerajaan BN menyelesaikan isu ini amat menyedihkan. Dengarlah semua ucapan pemimpin BN-“pembangunan, ekonomi, pelaburan, pelancungan, projek…” itu yang menjadi tema ucapan mereka. Manakala isu kemanusiaan dan pembangunan insan yang memberikan kesan jangka panjang kepada negara tidak dihiraukan sangat. Sungguhpun ada mereka menyebutkan “modal insan” tetapi tumpuan modal insan itu tidak menumpukan kepada aspek pembangunan agama sedangkan Rasulullah telah menyebutkan “Solat Subuh” menjadi pemangkin modal insan yang baik.
Buang bayi berlaku kerana manusia meninggalkan agama. Masyarakat Islam merasa Islam tidak perlu manakala kerajaannya pula mengabaikan persoalan teras Islam seperti solat. Hukum Islam pula diambil secara terpilih, yang mana menguntungkan diambil seperti zakat dan haji manakala yang kurang menguntungkan ditinggalkan seperti hukum hudud dan sebagainya. Sebagai satu agama yang lengkap, keindahan Islam tidak dapat dilihat melainkan apabila semua aspek di dalam Islam itu dapat dilaksanakan.
Kebimbangan isteri PM dan menteri wanita tiada ertinya sedangkan sistem yang BN dokong dan perjuangkan selama lebih 50 tahun adalah sistem yang mengambil Islam secara terpilih. Maka, selama itulah masalah demi masalah akan terus berlaku dan tidak dapat diselesaikan. Marilah kembali kepada sistem yang berasaskan kepada Islam agar kehidupan yang lebih sempurna dapat tercapai.
Sumber: http://ulamak.pas.org.my/