Tuesday, July 28, 2009

Sistem Perbankan di Sandakan lumpuh??

Gara-gara kebakaran yang berlaku di Ibu Sawat Telekom yang di kilometer 3 jalan utara, Sandakan pada malam kelmarin, semua bank-bank di Sandakan mengalami gangguan 'server' sejak kelmarin yang menyebabkan semua sistem perbankan 'offline' termasuk juga perkhidmatan ATM.
Sehingga ke hari ini (28 Julai) masalah tersebut masih dialami oleh beberapa buah bank. Keadaan ini menyebabkan orang ramai mengalami masalah untuk berurusan dengan pihak bank malah orang ramai juga gagal untuk membuat sebarang transaksi termasuklah mengeluarkan wang. Banyangkanlah kalau masalah ini berlarutan, dalam keadaan orang ramai tidak mempunyai wang di poket.
Apa yang menjadi persoalan ialah kegagalan pihak Telekom untuk menyediakan sistem sokongan atau backup. Bukankah ini menjadi suatu ancaman keselamatan kepada negara? Dan kenapa masalah tersebut lambat untuk diatasi? Seorang pegawai bank memberitahu bahawa pihak Telekom menjangkakan masalah tersebut akan selesai dalam tempoh 3 - 4 hari. Dalam tempoh yang begitu lama pastilah akan menyukarkan orang ramai untuk berurusan.

No comments:

Post a Comment