Monday, July 13, 2009

Pesanan dan Harapan Presiden PAS Kepada Pengundi Manek Urai





Written by Wartawan Buletin
Monday, 13 July 2009 05:24

MANEK URAI – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berpesan kepada para pengundi Manek Urai yang akan keluar mengundi pada 14 Julai ini supaya memilih pemimpin yang amanah.


http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/presiden.jpgIa adalah kerana katanya, mengundi dan memilih kerajaan adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di hari kiamat nanti.

Beliau berkata, RasuluLlah SAW telah bersabda ‘peniaga yang amanah bersama kebenaran’ dengan merujuk kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) sebagai seorang peniaga yang amanah.

”Peniaga-peniaga ikan percaya kepada dia (Abe Uji), peniaga-peniaga kecil percaya kepada dia, kalau (para peniaga) tidak percaya kepada dia, ‘mapuhlah’ (tutuplah) perniagaannya,

(Gambar - Presiden PAS mengakhiri ucapannya den
gan mengajak semua hadirin berdoa memohon pertolongan dari Allah SWT)

“dia (Abe uji) telah berniaga beberapa lama, ini (adalah bukti) kejayaan amanahnya,”katanya dalam ceramah di Kampung Sungai Rek, Laloh, disini semalam.


Katanya, para pengundi mesti memilih kerajaan yang amanah bukan parti yang khianat dan UMNO adalah parti yang khianat kerana mengamalkan rasuah.

Menurutnya, rasuah yang berlaku dalam pemilihan pemimpin UMNO diakui oleh pemimpin mereka sendiri, malah katanya rasuah turut berleluasa pada waktu pilihanraya.

Katanya antara wang yang diperolehi oleh pemimpin UMNO untuk memberi rasuah adalah dari tauke-tauke besar, termasuk tauke getah.

Oleh kerana itu, harga getah yang turun tidak dapat dinaikkan kerana pemimpin UMNO telah terhutang budi kepada tauke-tauke getah.

”Pemimpin UMNO, bila dia jadi kerajaan bagaimana dia nak naikkan harga getah, macamana nak turunkan harga gula, macamana nak turunkan harga minyak,

“kerana tauke-tauke ini beri pitih (duit) kepada dia, untuk menang pilihanraya, untuk jadi pemimpin,

”macaman dia nak tunaikan amanah ?,”terangnya.

Katanya kerajaan Kelantan telah menunaikan amanah dengan mentadbir negeri dengan baik dan memberikan tanah kepada penduduk di Manek Urai.

Oleh itu, katanya, pengundi Manek Urai mesti menunaikan amanah dengan memilih pemimpin yang amanah dan kerajaan yang amanah.

Justeru, katanya, menjadi harapan dari pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat supaya ibu bapa dan waris-waris melaksanakan amanah memanggil anak-anak dan saudara mereka yang berada diluar untuk pulang menunaikan amanah untuk mengundi.


Sumber: http://www.buletinonline.net/


No comments:

Post a Comment