Tuesday, July 28, 2009

Sistem Perbankan di Sandakan lumpuh??

Gara-gara kebakaran yang berlaku di Ibu Sawat Telekom yang di kilometer 3 jalan utara, Sandakan pada malam kelmarin, semua bank-bank di Sandakan mengalami gangguan 'server' sejak kelmarin yang menyebabkan semua sistem perbankan 'offline' termasuk juga perkhidmatan ATM.
Sehingga ke hari ini (28 Julai) masalah tersebut masih dialami oleh beberapa buah bank. Keadaan ini menyebabkan orang ramai mengalami masalah untuk berurusan dengan pihak bank malah orang ramai juga gagal untuk membuat sebarang transaksi termasuklah mengeluarkan wang. Banyangkanlah kalau masalah ini berlarutan, dalam keadaan orang ramai tidak mempunyai wang di poket.
Apa yang menjadi persoalan ialah kegagalan pihak Telekom untuk menyediakan sistem sokongan atau backup. Bukankah ini menjadi suatu ancaman keselamatan kepada negara? Dan kenapa masalah tersebut lambat untuk diatasi? Seorang pegawai bank memberitahu bahawa pihak Telekom menjangkakan masalah tersebut akan selesai dalam tempoh 3 - 4 hari. Dalam tempoh yang begitu lama pastilah akan menyukarkan orang ramai untuk berurusan.

Wednesday, July 22, 2009

Punca 'Blackout' Di Sandakan?

Published on: Dailyexpress Wednesday, July 22, 2009

Kota Kinabalu: Sabah DAP claimed many power stations in Sandakan were not functioning properly, causing much inconvenience to the people.
MP Dr Hiew King Cheu, in a statement, said he learned about the matter following a visit to all the power generating facilities in the district aimed at understanding further the real cause of the power cuts, failure and shortage in the area.
The inspection team visited facilities such as the Gantisan power barge (2x20MW), IPP-Sandakan Power (4x8MW), Libaran Power (4x15MW), Kina Biopower (1x10MW), Labuk (3x4.74MW), Batu Sapi (3x8MW) and (2x14MW), and a jet turbine power generator (1x20 MW).
"According to calculations, the total output is 228.22MW. This is 30 per cent of the whole of Sabah's requirement of 750MW.
"Just for Sandakan alone there is a total requirement of 220MW. Very unfortunately, this is not the real picture, because the Sandakan power facilities are in a very poor stage. "During the inspection last Sunday, the team found that most of the power generators were practically not functioning, namely the Gantisan Power Barge, Batu Sapi Station and the jet turbine in Batu Sapi."
Hiew said with so many power generators in Sandakan out of service (seven out of 20) and a power loss of 98MW out of 228.22 MW, there was little wonder why the Sandakan people were upset over the power supply.
"The power cuts and load shedding in Sandakan town are getting more serious nowadays. "There is little effort being put to repair and upgrade the facilities, or at least there should be some concerted effort and plans to bring in new, big and efficient power generators to give Sandakan its power supply.
"The existing generator sets are worn out with low output efficiency, and might break down anytime É what will happen then? How long do the Sandakan folk have to wait for a steady power supply?"
Hiew viewed the situation as critical in Sandakan and asked who was to blame for the matter. It is the Government they should point their finger at. The Barisan Nasional government seems powerless to help the folk in Sandakan.
"The DAP is calling on these people to bring back the power supply to Sandakan, failing which they would be failing the Sandakan people who had voted them to their seats."

Wednesday, July 15, 2009

Rasuah dan Sogokan Punca Undi BN Meningkat



http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/manekmenang.jpgPAS dengan tegas menyatakan, kehilangan undi sebanyak 1,287 berbanding yang diperolehi Pak Su Wei pada Mac tahun lalu, adalah disebabkan oleh rasuah dan sogokan wang serta janji-janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Ahli Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata demikian dalam sidang media sejurus pengumuman kemenangan PAS di buat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Walaupun menang dengan majoriti tipis 65 undi, beliau tetap berbangga dengan keteguhan pendirian dan keberanian warga Manek Urai menolak tawaran ‘anak emas kerajaan persekutuan’.

“Tahniah kepada para pengundi Manek Urai yang begitu kuat ketahanan mereka,(Gambar - Abe Uji di julang setelah diisytiharkan sebagai pemenang)

"semua saudara-saudara tahu bahawa penggunaan politik wang adalah begitu berleluasa adanya sampul biru sampul kelabu dan sampul putih diedarkan kepada pengundi pada hari ini,"katanya di pusat Penjumlahan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Petra , Kuala Krai.


Walau bagaimana pun, katanya, pengundi Manek Urai masih lagi dapat bertahan dan ia adalah menjadi satu kebanggan kepada PAS, yang menunjukkan mereka masih mengutamakan perjuangan Islam.

Katanya, jentera BN telah mengagih-agihkan wang rasuah untuk membeli undi pada malam sebelum hari mengundi.

Dalam perkembangan berkaitan, kelmarin, Husam telah menggesa Timbalan Perdana Menteri menjelaskan apakah kandungan beg-beg yang dibawa oleh beliau dengan helikopter pada pagi itu dan juga hari penamaan calon 6 Julai lalu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/HariMengundiManekUraiPagi%20031.jpgSewaktu sidang media di Markaz Induk, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendedahkan pihaknya ada menerima laporan tentang ada operasi berjalan ditengah malam dari rumah ke rumah.

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof berkata tidak perlu pengiraan semula dilakukan walaupun majority yang diperolehi PAS adalah kecil
(Gambar - Abe Uji melawat pusat mengundi) .

Katanya pengiraan semula hanya boleh dilakukakan sekiranya perbezaan undi kurang empat peratus dari jumlah keluar mengundi, bukannya dari jumlah keseluruhan pengundi.

Namun beliau berkata BN boleh mencabar keputusan itu dimahkamah sekiranya mahu berbuat demikian.

PRK manek Urai diadakan kerana penyandangnya Haji Ismail Yaacob (Pak Su Wei) meninggal dunia kerana sakit pada 22 Mei lalu.

Pada pilihanraya umum ke 12, Mac 2008, PAS yang di wakili Pak Su We mendapat 5,746 undi menewaskan calon BN yang mendapat 4,394 undi.


Sumber: Buletin Online


Monday, July 13, 2009

Pesanan dan Harapan Presiden PAS Kepada Pengundi Manek Urai





Written by Wartawan Buletin
Monday, 13 July 2009 05:24

MANEK URAI – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berpesan kepada para pengundi Manek Urai yang akan keluar mengundi pada 14 Julai ini supaya memilih pemimpin yang amanah.


http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/presiden.jpgIa adalah kerana katanya, mengundi dan memilih kerajaan adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di hari kiamat nanti.

Beliau berkata, RasuluLlah SAW telah bersabda ‘peniaga yang amanah bersama kebenaran’ dengan merujuk kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) sebagai seorang peniaga yang amanah.

”Peniaga-peniaga ikan percaya kepada dia (Abe Uji), peniaga-peniaga kecil percaya kepada dia, kalau (para peniaga) tidak percaya kepada dia, ‘mapuhlah’ (tutuplah) perniagaannya,

(Gambar - Presiden PAS mengakhiri ucapannya den
gan mengajak semua hadirin berdoa memohon pertolongan dari Allah SWT)

“dia (Abe uji) telah berniaga beberapa lama, ini (adalah bukti) kejayaan amanahnya,”katanya dalam ceramah di Kampung Sungai Rek, Laloh, disini semalam.


Katanya, para pengundi mesti memilih kerajaan yang amanah bukan parti yang khianat dan UMNO adalah parti yang khianat kerana mengamalkan rasuah.

Menurutnya, rasuah yang berlaku dalam pemilihan pemimpin UMNO diakui oleh pemimpin mereka sendiri, malah katanya rasuah turut berleluasa pada waktu pilihanraya.

Katanya antara wang yang diperolehi oleh pemimpin UMNO untuk memberi rasuah adalah dari tauke-tauke besar, termasuk tauke getah.

Oleh kerana itu, harga getah yang turun tidak dapat dinaikkan kerana pemimpin UMNO telah terhutang budi kepada tauke-tauke getah.

”Pemimpin UMNO, bila dia jadi kerajaan bagaimana dia nak naikkan harga getah, macamana nak turunkan harga gula, macamana nak turunkan harga minyak,

“kerana tauke-tauke ini beri pitih (duit) kepada dia, untuk menang pilihanraya, untuk jadi pemimpin,

”macaman dia nak tunaikan amanah ?,”terangnya.

Katanya kerajaan Kelantan telah menunaikan amanah dengan mentadbir negeri dengan baik dan memberikan tanah kepada penduduk di Manek Urai.

Oleh itu, katanya, pengundi Manek Urai mesti menunaikan amanah dengan memilih pemimpin yang amanah dan kerajaan yang amanah.

Justeru, katanya, menjadi harapan dari pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat supaya ibu bapa dan waris-waris melaksanakan amanah memanggil anak-anak dan saudara mereka yang berada diluar untuk pulang menunaikan amanah untuk mengundi.


Sumber: http://www.buletinonline.net/


Friday, July 10, 2009

Pemansuhan PPSMI hasil perjuangan rakyat

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Thu | Jul 09, 09 | 12:35:09 pm MYT


Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran sejak dari tahun 2003.

Tindakan pemansuhan ini adalah juga hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibubapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat.

Keputusan pemansuhan ini dilaksanakan setelah ratusan juta wang rakyat dihabiskan untuk melaksanakan satu dasar yang tidak mengalami proses kajian dan perbahasan yang teliti, di samping ianya adalah merupakan satu ujikaji yang akhirnya mendatangkan kesan yang buruk kepada generasi anak-anak. Image

Para pengkaji dan ibubapa juga sebenarnya telah menilai prestasi pelajar dan jurang pencapaian matapelajaran Sains dan Matematik yang semakin melebar di antara pelajar luar bandar dan di kawasan kosmopolitan.

Selain dari penekanan bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan, PAS juga berpendapat bahawa bahasa-bahasa ibunda yang lain juga perlu diberi ruang yang secukupnya untuk dipelajari oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.

PAS juga menyeru pihak kerajaan supaya memperbetulkan kesilapan lalu apabila pihak kerajaan pimpinan Umno juga meneruskan sistem yang melemahkan bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa dekad yang lalu apabila digubal Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Image

Tindakan ini sangat memalukan kerana rakan-rakan kita kaum Cina dan India dapat mempertahankan tulisan dan bahasa masing-masing, sedangkan tulisan jawi Bahasa Melayu dipinggirkan oleh dasar yang digubal oleh Umno sendiri. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Melayu bertulisan jawi juga mestilah diperkenalkan semua.

PAS berpendapat bahawa episod ini menyerlahkan beberapa kepincangan dalam pengenalan dasar dan pelaksanaan oleh kepimpinan negara.

Pertama, dasar yang sebegini besar dan melibatkan beberapa generasi pelajar khususnya, seharusnya melalui proses kajian dan perbahasan yang lebih mendalam sebelum ianya dapat dilaksanakan. Image

Ianya bukan sahaja melibatkan perbelanjaan yang menjangkau ratusan juta ringgit, tetapi juga telah menjadikan pelajar sebagai satu objek ujikaji dengan membuat dasar berpandukan kepada pandangan satu dua orang pemimpin negara semata-mata.

Dalam hal ini juga, pihak kerajaan hanya memandang sepi dan menunjukkan sikap berdegil terhadap semua pandangan yang mempertikaikan keberkesanan PPSMI di awal pengenalannya.

Kedua, pihak kerajaan tidak mempunyai satu mekanisme yang cekap dalam membuat penilaian segera terhadap pengenalan dasar ini, terutamanya dari segi keberkesanan dan juga audit perbelanjaan peruntukan yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya.

Seluruh episod ini sebenarnya menyebabkan kita juga berhak mempersoalkan kewajaran dasar-dasar besar yang lain, samada telah melalui proses-proses yang ketat sebelum ianya diperkenalkan.



Sumber: HarakahDaily

Monday, July 6, 2009

Penamaan Calon PRK DUN Manek Urai







KUALA KRAI - Sekitar jam 8,20 pagi perarakan mengiringi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai bermula dengan kereta yang membawa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mendauhului perarakan.


Selama 7 minit Video Klip dirakam (lihat Video Klip) oleh wartawan Buletin Online, tidak putus-putus ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/penamaancalonmanekurai.gif


Jalan 8 kaki lebar sepanjang 2 kilometer dipenuhi oleh ahli dan penyokong yang tidak diketahui jumlah sebenarnya, ada yang menyatakan 10,000 dan ada yang menyebut, lebih dari itu.

Kira-kira jam jam 9.01 pagi, setelah semua pemimpin utama termasuk Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, kedua-dua Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari dan lain-lain berada dibawah khemah yang disediakan, doa dibacakan untuk mengiringi calon masuk ke dewan pendaftaran calon, iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Putra 1, disini.

Sementara menunggu proses penamaan calon pihak medi mencari sasaran pemimpin kedua belah pihak bagi mendapat bahan berita.

Antara yang di temubual adalah Mursyidul Am PAS dan juga Presiden.

Sekitar jam 10.00, pendaftaran untuk penamaan calon ditutup, boring kedua-dua calon yang mendaftarkan diri untuk bertanding di pamirkan bagi semakan dan bantahan.


Pada jam 11.05 pagi, Pegawai Pengurus Pilihanraya telah menisytiharkan, calon PAS Abe Uji akan ditentang oleh calon Barisan Nasional yang diwakili oleh parti UMNO.

Sumber: http://www.buletinonline.net/

Saturday, July 4, 2009

Najib perlu buktikan Umno tidak tolak Islam

SEKALI lagi para pemimpin Barisan Nasional, khususnya Umno, menzahirkan percanggahan pandangan antara mereka berhubung sesuatu isu diperkatakan. Akibatnya, rakyat awam kebingungan mana satu yang harus diterima sebagai pendirian rasmi atau sikap parti pemerintah itu.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, pada Sabtu (27 Jun) mendesak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat meminta maaf kepada Umno kerana menyifatkan parti itu sebagai parti ajaran sesat seperti Ayah Pin dan sama dengan pengganas komunis.

Seraya menyifatkan kenyataan itu tidak wajar dan keterlaluan, Ahmad turut meminta Menteri Besar Kelantan itu bertanggungjawab dan menarik balik kenyataan yang dibuat itu.

Jadi penoreh getah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang kini bertukar menjadi penoreh getah dan pemotong rumput di Manek Urai, mengulas kecaman Nik Abdul Aziz terhadap Umno yang
disifatkannya sama seperti komunis dan ajaran sesat kerana menolak Islam.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis di Padang Awam Laloh, dalam kawasan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai, 21 Jun lalu. Umno menggesa Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada 1.3 juta ahli Umno di seluruh negara kerana menyamakan Umno dengan gelaran dan panggilan yang cukup menghiris hati orang Melayu, kata Ahmad.

Kenyataan itu bagaimana pun tidak dikongsi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri sebaliknya menegaskan Nik Abdul Aziz tidak perlu memohon maaf kepada Umno, tetapi meminta ampun kepada Tuhan atas kenyataan mengumpamakan parti itu seperti komunis dan ajaran sesat.

"Walau pun ada kawan-kawan yang minta beliau (Nik Abdul Aziz) minta maaf kepada Umno tetapi bagi saya dia tidak payah minta maaf kepada Umno, dia kena minta ampun kepada Tuhan," kata Muhyiddin, pada hari sama.

Percanggahan ketara

Tidak dapat dipastikan kenyataan mana yang dibuat lebih awal antara dua pemimpin Umno tadi. Namun percanggahan antara mereka amat ketara.

Tidak kisahlah mereka mahu bercanggah. Itu bukan perkara pokok yang mahu dibicarakan di sini. Lagi pun, bila masa para pemimpin Umno tidak bercanggah sesama mereka? Bukankah parti itu memang terkenal dengan pertelagahan dan perbalahan?

Apalah sangat kes kenyataan bercanggah antara Timbalan Presiden dengan Ketua Penerangan Umno itu. Sekadar bertentangan kenyataan sangat kecil jika nak dibandingkan dengan aksi tumbuk-menumbuk, membaling kerusi dan tembakan pistol di mesyuarat agung parti itu.

Apa yang lebih besar dari percanggahan antara mereka, dan kemudiannya lebih menarik perhatian umum, ialah gesaan Muhyiddin agar Nik Abdul Aziz memohon ampun kepada Tuhan. Beliau menyifatkan apa yang ditegaskan pemimpin PAS itu satu tuduhan yang tertakluk kepada dosa.

Nik Abdul Aziz dalam reaksinya menganggap apa yang diperkatakannya terhadap Umno itu satu kiasan.

Kiasan

"Boleh jadi kerana saya kata nasionalis dan komunis itu serupa dan serupa tu dari segi mana? Bila kata Mamat serupa dengan harimau, Mamat kena ada ekor, kuku dan berkaki empat ke? Sebenarnya itu adalah kiasan," ulas beliau.

Baginya, semua fahaman yang menolak Islam adalah ajaran sesat. Ia bukan hanya wujud zaman sekarang, malah sejak zaman Rasulullah s.a.w.

Katanya lagi, apabila Umno menolak Islam dan mengamalkan fahaman nasionalisme, ke mana arah tuju sebenar mereka?

Sebagai mencari kejernihan dan jawaban lebih telus serta terbuka terhadap persoalan itu, Nik Abdul Aziz mengumumkan kesediaannya untuk mengadakan debat terbuka antara beliau dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya nak minta beliau (Najib) berdebat dengan saya bulat-bulat secara terbuka. Tidak secara sulit kerana perkara ini (kemelut politik antara PAS dan Umno) telah terbuka kepada umum, tak habis-habis sejak tahun 1951 (penubuhan PAS)," ujarnya, dalam kenyataan disiarkan kebanyakan akhbar, Ahad (28 Jun).

Menurut Nik Abdul Aziz, pendekatan berdebat adalah salah satu cara penyelesaian dianjurkan Islam.

Tiga penyelesaian

"Dalam Islam ada tiga cara (selesaikan pertikaian). Pertama dengan bijaksana; kedua, nasihat dan ketiga adalah berdebat," katanya lagi.

Beliau turut menekankan persoalan atau kekusutan utama yang mahu dileraikannya dari debat tersebut. Ia berkisar dan berhubungkait dengan apa yang diucapkannya di Laloh tempohari.

"Saya cuma nak tahu kepana Umno tolak Islam. Kenapa Umno lawan PAS sedangkan PAS guna (jadikan) Islam (asas perjuangan)," terang Nik Abdul Aziz.

Tidak syak lagi, penjelasan dan jawaban dari pemimpin utama Umno amat penting bagi menentukan letak duduk sebenar parti itu dengan ajaran Islam.

Apakah Umno ada kekuatan hujah dan dalil untuk membuktikan ia sebuah parti yang tidak menolak Islam sebagai dasar perjuangan? Apakah parti itu fikir rakyat buta dan pekak sehingga tidak dapat menyenaraikan kejahatan dan pencabulannya terhadap agama sendiri?

Sebaliknya, jika terbukti Umno memang menolak Islam, maka apakah satu kesalahan bagi Nik Abdul Aziz menyamakannya dengan ajaran sesat dan komunis? Dalam keadaan itu, apa perlu lagi baginya memohon maaf kepada Umno atau meminta ampun kepada Tuhan? Bahkan, parti itulah yang lebih wajar meminta ampun dan bertaubat.

Kini, beban membuktikan Umno tidak menolak Islam terpikul ke bahu pemimpin parti itu, terutama Najib. Mereka perlu berani buktikan bahawa kiasan Nik Abdul Aziz itu hanyalah fitnah dan tuduhan.


Sumber: http://www.harakahdaily.net/