Sunday, May 31, 2009

Calon KeADILan menang besar di Penanti

Harakahdaily Sun May 31, 09 7:30:17 pm MYT
PENANTI, 31 Mei (Hrkh) - Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.

Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.
Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.
Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.
Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
Sumber : HarakahDaily.Net

Saturday, May 30, 2009

BN salah guna peruntukan PPRT..?

Kerajaan Barisan Nasional (BN) digesa agar melakukan semakan terperinci terdahulu kelayakan penerima sebelum sesuatu kelulusan dikeluarkan kepada para penerima bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana pelaksanaannya tidak menepati kumpulan sasaran.

Gesaan tersebut dinyatakan Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pensiangan Affendy Anginduh (gambar) dalam satu kenyataan di sini pada Selasa yang khuatir bahawa pemberian kerajaan itu telah tersasar kepada kumpulan yang tidak sepatutnya menerima bantuan itu kerana kumpulan tersebut mempunyai kemampuan.

“ Kita tidak sedap hati melihat keadaan sedemikian dilaksanakan berterusan, dimana mereka yang mampu pula yang diberi bantuan itu sedangkan mereka yang benar benar layak diberi bantuan terus tersadai dipinggirkan begitu sahaja,” jelas Affendy.

“ Kita mahu pemimpin pemimpin BN terutamanya pengikut mereka dipihak akar umbi dan juga pegawai pegawai yang menyelaras program tersebut supaya membuat semakan dengan teliti kelayakan seseorang itu, sebelum sesuatu kelulusan dikeluarkan” tambah beliau lagi.
Affendy berkata, kerajaan BN harus lebih bersikap adil dan telus ketika melaksanakan pengagihan hak PPRT, dimana ia tidak seharusnya tertumpu kepada para pengikut BN semata mata kerana peruntukkan PPRT atau lain lain bantuan kewangan kerajaan adalah datangnya dari wang rakyat, yang sepatutnya ia dipulangkan kembali kepada rakyat.

Sementara itu ketika menyentuh perkara lain berhubung dengan isu Forest Management Unit (FMU) yang turut dibangkitkan oleh mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee ketika merasmikan pesta kaamatan di Kg Saupi disini baru baru ini beliau berkata;
“ Beliau sedar bahawa tujuan FMU memang baik demi menjaga penerokaan hutan disini tidak dilakukan secara berlebihan, tetapi apa yang berlaku sekarang pemimpin BN juga yang mencacatkan dasar dasar FMU termasuklah mengeksploitasikan objektif FMU walaupun pemimpin itu sudah tahu sejak awal lagi dasar dan tujuan FMU diwujudkan,” jelas beliau.
Selain itu, Affendy turut menyelar sikap Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup yang suatu ketika dahulu begitu ghairah memperjuangkan masalah pembinaan hospital baru didaerah Nabawan, tetapi keghairahan itu sudah lenyap tanpa berita.

Sebaliknya pula kata Affendy lagi, yang timbul keghairahan Kurup dengan majlis penerimaan borang borang kemasukkan keahlian PBRS yang boleh dikatakan ia berlaku setiap kali ada majlis perjumpaan rakyat dikawasan Parlimen Pensiangan.
Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)
Sumber: http://www.sabahdaily.com/

Thursday, May 28, 2009

Semua Perlu Gembleng Tenaga Selamatkan Islam

Oleh : Ustaz Zainudin Hashim

Muktamar akan menjelang tidak berapa lama lagi. Ia bukan gelanggang untuk bertarung sesama sendiri atau menunjukkan bakat petah bercakap dengan menyusun ayat-ayat yang hebat hingga mampu memukau para perwakilan.

Penganjuran muktamar saban tahun sebenarnya adalah untuk melakukan muhasabah diri setiap ahli parti atau ahli gerakan Islam dalam rangka untuk menyelamat, memperkasa, menabalkan Islam sebagai cara hidup umat dalam segenap aspek. Islam perlu diusahakan sehingga ia dapat diterima oleh segenap lapisan bangsa manusia khususnya dalam negara Malaysia sebagai agama penyelamat dan pembawa rahmat seluruh alam.

Tidak kira siapa, apa jawatan, latar belakang pengajian, ulama, profesional, muslimat atau pemuda selagi mereka adalah ahli PAS, sekali gus ahli gerakan Islam, mereka adalah dituntut untuk menggembleng tenaga bagi memastikan kesinambungan agama Islam pada ketika Islam dihinjak, diperlekeh oleh golongan tertentu yang mempunyai agenda tersendiri untuk menyekat kemaraan Islam.

Kita sedar bahawa Islam semakin diterima di kalangan rakyat berbilang kaum dalam negara ini, ia hasil dari kesungguhan dan sumbangan semua ahli PAS dari setinggi-tinggi jawatan hinggalah ke peringkat akar umbi, kerana mampu menerajui masyarakat dengan membawa mesej Islam sebagai agama yang bersifat konprehensif dan universal.

Gambaran Islam rosak akibat tindakan penganutnya

Semua pihak dalam negara ini, sama ada yang beragama Islam atau tidak, dapat menyaksikan secara langsung bagaimana terdapat individu yang bernama Islam terlibat dalam memburuk-burukkan gambaran (tasawwur) dan syiar agama Islam dalam kehidupan rutin harian mereka.
Ada yang membunuh lalu meletupkan mangsa, menyamun, meragut, memecah amanah, mengeluarkan fatwa bahawa berenang di laut Inggeris kerana menaikkan nama negara walaupun tidak melakukan ibadat solat tidak menyalahi tuntutan agama Islam, berpegangan tangan malah berpelukan antara pasangan lelaki dan perempuan bukan suami isteri dalam lakonan tidak ditegah, kes buli melibatkan pelajar sekolah agama hingga membawa kematian dan ratusan lagi kes yang tidak menjadi contoh baik kepada bukan Islam apatah lagi Muslim yang longgar ikatan dengan Islam.

Penampilan 'Islam Hadhari' yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri sedikit pun tidak membawa erti konsep Islam yang sebenar dengan ketidak-mampuannya untuk membendung kemaraan gejala rasuah yang melibatkan golongan profil tinggi, malah menyusahkan umat, negara dan bangsa.

Boleh dikatakan bahawa Islam sejak akhir-akhir ini menjadi mangsa permainan politik pihak tertentu yang begitu ghairah untuk mencapai impian yang dicita-citakan walaupun melanggar prinsip matlamat tidak menghalalkan cara, bukan sahaja melanggar peraturan agama Islam sebagai agama tertinggi negara, tetapi melanggar peraturang yang dibuat sendiri oleh manusia.
Mereka lupa, bahawa Islam menjadi tanggungjawab ke atas setiap individu muslim/muslimah untuk memeliharanya dalam apa jua keadaan, percambahan drama atau filem bercorak seram sebenarnya boleh menggugat hubungan mereka dengan Allah SWT, yang akhirnya bukan takut kepada Allah tetapi takut kepada hantu, ia sedikit sebanyak menjejas akidah umat Islam.
Apakah alternatif yang disediakan PAS?

Penggemblengan tenaga oleh kumpulan-kumpulan PAS di atas yang terdiri daripada ulama, profesional, muslimat dan pemuda menjadi alternatif kepada masyarakat dalam negara ini. Islam sudah mula diterima di kalangan bukan Islam apabila melihat MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sering diperkatakan mereka sejak akhir-akhir ini.

Nama Tuan Guru menjadi sebutan di bibir bukan Islam khususnya dan di kalangan rakyat Kelantan amnya termasuk ahli-ahli Umno yang menyaksikan sendiri kepimpinannya yang berteraskan Islam telah memaut hati semua lapisan masyarakat termasuk golongan tua, muda, lelaki, perempuan, yang Islam dan bukan Islam semakin merasa selesa tanpa sebarang diskriminasi, apa yang Tuan Guru utamakan adalah konsep keadilan yang diperkenalkan Islam.

Begitu juga dengan kepimpinan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ang juga diceritakan kebaikan kepimpinannya di kalangan mereka yang berkunjung ke Kedah selepas setahun pentandbiran Pakatan Rakyat. Sesungguhnya kemelut di Perak juga memberi kesan positif kepada PAS dan Pakatan Rakyat apabila ramai anak-anak muda sudah mula bercakap tentang kepimpinan Menteri Besarnya, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Apa yang perlu difokuskan oleh ulama, profesional, muslimat dan pemuda dalam muktamar kali ini, ialah penelitian perancangan masa panjang dan pendek bagaimana mereka boleh menarik lebih ramai lagi individu di luar kotak PAS hingga dapat menerima Islam sebagai agama terbaik yang pernah mereka saksikan.

Dalam muktamar, lupakan persoalan yang kecil-kecil yang tidak boleh memberi input kepada Islam dan parti, kerana mengislamkan masyarakat adalah agenda yang lebih penting daripada segala-galanya, justeru setiap kelompok dalam PAS ada jabatan dan unit tertentu yang boleh difungsikan sebagai badan sokongan untuk tujuan tersebut.

Kita begitu yakin dan optimis, bahawa penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, pegangan agama, kerjaya, gender dan sebagainya memberi harapan kepada kepimpinan PAS dalam muktamar kali ini bagi membuat resolusi terbaik yang lebih baik daripada sebelum ini hingga Islam berjaya dapat memerintah Malaysia pada masa akan datang dengan segala perancangan rapi hasil penggembelngan tenaga semua pihak dalam PAS.
Sumber: HarakahDaily.Net

Saturday, May 23, 2009

PERINGATAN BUAT UMAT ISLAM SANDAKAN : Pilih Yang Halal Jauhi Yang Haram @ Syubhah



SENARAI PREMIS YANG DIIKTIRAF HALAL
OLEH
JAWATANKUASA MAKANAN DAN BAHAN GUNAAN ISLAM (MGI)
NEGERI SABAH


URUSETIAJAWATANKUASA MGI
Unit MGI,Bahagian Penyelidikan dan Sebaran Am JHEAINS,
Tingkat 3, 9, 10, Blok A Wisma MUIS, Kota Kinabalu.
Tel: 088-222435
(BAGI KAWASAN SANDAKAN)





PENJUALAN DAGING & AYAM MENTAH

Nama Pemohon/Syarikat
KK FRESHMART (SANDAKAN) SDN. BHD.
LOT 125 & 126, BLOK HS.14,
TINGKAT BAWAH, SANDAKAN HARBOUR SQUARE, SANDAKAN, SABAH
TEL: 089-213961

Tempoh Sah Laku Sijil
01 OGOS 2009

Nama Pemohon/Syarikat
DESA INTEGRATED FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.,
LOT 72, BLOK J, TINGKAT BAWAH, BANDAR PASARAYA, BATU 4, 90000 SANDAKAN
TEL: 088-287200, 089-224832

Tempoh Sah Laku Sijil
04 OKTOBER 2009


Nama Pemohon/Syarikat
HAVI MARKETING & IMPORT
LOT 1, BATU 9, JALAN LABUK,
SANDAKAN
TEL: 019-8127551, 019-8618802

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010



Nama Pemohon/Syarikat
TONG YICK FROZEN BEEF MEAT RETAIL & DISTRIBUTOR,
LOT 10B, BLOK A, TINGKAT BAWAH, ZON INDUSTRI SERTA, BATU 3, JALAN UTARA, SANDAKAN
Tempoh Sah Laku Sijil
24 SEPTEMBER 2010



PREMIS PENYEMBELIHAN AYAM

Nama Pemohon/Syarikat
PASTI SEGAR SDN. BHD.
BATU 7, JALAN LABUK,
SANDAKAN
TEL: 089-666277

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010


Nama Pemohon/Syarikat

TERNAKAN SRI JAYA SDN. BHD.,
BATU 14, JALAN SEPILOK
SANDAKAN
TEL: 089-531312

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010



Nama Pemohon/Syarikat
EVERGROWTH MARKETING SDN. BHD.,
LOT 1, BLOK 1, TINGKAT BAWAH, JALAN KG. MELAYU, BATU 8, SANDAKAN
TEL: 089-675545

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010


Nama Pemohon/Syarikat
METRO FROZEN FOOD SDN. BHD.,
LOT B8, BDC, MILE 1 ½, JALAN UTARA
SANDAKAN

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010


Nama Pemohon/Syarikat
KING MAJU FARM
BATU 8 ½, JALAN CHUNG HWA,
PETI SURAT 3563,
90740 SANDAKAN
TEL: 089-666757 (O) 674116 (F)

Tempoh Sah Laku Sijil
24 SEPTEMBER 2010



Nama Pemohon/Syarikat
TERNAKAN YAPP
BATU 8 ½, JALAN CHUNG HWA
JALAN LABUK, SANDAKAN
TEL: 089-675163, 019-8338150

Tempoh Sah Laku Sijil
24 SEPTEMBER 2010



Nama Pemohon/Syarikat
CHANG SHUN RESOURCES SDN. BHD.,
BATU 9, JALAN HIEW NGEE FATT,
SANDAKAN
TEL: 089-673778

Tempoh Sah Laku Sijil
24 SEPTEMBER 2010



PREMIS MAKANAN/ RESTORAN HOTEL

Nama Pemohon/Syarikat
REGENT GARDEN RESTAURANT
HSIANG GARDEN HOTEL
MILE 1 ½, JALAN LEILA,
SANDAKAN
TEL: 089-273022/23/26 (O) 089-273127 (F)

Tempoh Sah Laku Sijil
01 OGOS 2009


Nama Pemohon/Syarikat
RESTORAN SANBAY,
HOTEL SANBAY,
BATU ¼, JALAN LEILA,
90720 SANDAKAN
TEL:089-275000 (O) 275575 (F)

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010


Nama Pemohon/Syarikat
PLANTATION CAFE,
SABAH HOTEL SDN. BHD.,
KM.1, JALAN UTARA, SANDAKAN
TEL: 089-213299

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010



Nama Pemohon/Syarikat
SIGNATURE CAFE,
WHOLLY OWNED BY OCEANWEALTH TRADING SDN. BHD.,
LOT 120-122, BLOK HS 13, TINGKAT 1,
SANDAKAN HARBOUR SQUARE,
SANDAKAN
TEL: 089-228250

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010


Nama Pemohon/Syarikat
RESTORAN AJMEER
BATU 3, JALAN LABUK, TAMAN HING LEE,
BLOK 5, SANDAKAN, SABAH

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010



Nama Pemohon/Syarikat
ALICE’S
BLOK B, TINGKAT BAWAH, BATU 4, BANDAR KIM FUNG,
SANDAKAN, SABAH

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010


PREMIS PRODUK MAKANAN


Nama Pemohon/Syarikat
HAI JOO BAKERY SDN. BHD.
NO. 52 & 63, BANDAR BDC
SANDAKAN
TEL: 089-214555 (O) 273577(F)

Jenis Perniagaan
ROTI DAN KEK

Tempoh Sah Laku Sijil
09 SEPTEMBER 2009


Nama Pemohon/Syarikat
MUI TONG MUI SDN. BHD.
BATU 7, JALAN AIRPORT PERIMETER, SANDAKAN
TEL: 089-668450 (O) 671639 (F)

Jenis Perniagaan
KOPI O CAP LAMPU, 3 IN 1 INSTANT COFFEE, KOPI CAMPURAN CAP LAMPU, DAN TEH CAP LAMPU

Tempoh Sah Laku Sijil
01 OGOS 2009

Nama Pemohon/Syarikat
CHUNG YING CONFECTIONERY & FOOD SDN. BHD.
BATU 14, JALAN LABUK, SANDAKAN
TEL: 089-521336/531337 (O)
089-531676 (F)

Jenis Perniagaan
BISKUT JENAMA SELAMAT PAK

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010


Nama Pemohon/Syarikat
SYARIKAT PERNIAGAAN ANIKA RIA, LOT 11, JAFUL LIGHT INDUSTRIAL ESTATE, BATU 8, JALAN FOOK KIM,
SANDAKAN
TEL: 089-671596

Jenis Perniagaan
AIS KRIM JENAMA ANEKA

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010

Nama Pemohon/Syarikat
MIKITA FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.,
LOT 3 & 4, BDC, BATU 1 ½,
SANDAKAN
TEL: 089-210739

Jenis Perniagaan
KEROPOK

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010

Nama Pemohon/Syarikat
LIFE WATER INDUSTRIES SDN. BHD.,
LOT 9, MEGAH LIGHT INDUSTRIAL ESTATE, BATU 7, JALAN LABUK ,
SANDAKAN
TEL: 089-675778 (O), 089-675833 (F)

Jenis Perniagaan
AIR MINUMAN

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010


Nama Pemohon/Syarikat
LIFE WATER INDUSTRIES SDN. BHD.,
LOT 17, MEGAH LIGHT INDUSTRIAL ESTATE, MILE 7, JALAN LABUK
90732 SANDAKAN
TEL: 089-675778 (O), 089-675833 (F)


Jenis Perniagaan
AIR MINUMAN BERPERISA

Tempoh Sah Laku Sijil
14 JULAI 2010

Nama Pemohon/Syarikat
ADAYO TRUS IND. HALAL FOODS ENT.,
LOT 27, TINGKAT BAWAH & 1, LORONG BDC 2, SEDCO LIGHT INDUSTRY BDC, JALAN BDC, SANDAKAN
TEL: 089-674753

Jenis Perniagaan
MEE KUNING BASAH, KUIH TIAU, FISH BALL JENAMA ADAYO TRUS IND. HALAL FOODS ENT.

Tempoh Sah Laku Sijil
24 SEPTEMBER 2010

Nama Pemohon/Syarikat
RISING FOOD MANUFACTURING SDN. BHD.,
LOT 1, BDC, MILE 1 ½,
JALAN UTARA, SANDAKAN
TEL: 089-210826, 089-275131

Jenis Perniagaan
MARI-MARI, KEROPOK JAGUNG, O K RING, KEROPOK BALLON, GOG RING, JUJU RING, TIP-TOP, CHOCO RING, DURIAN BALL, SAMBAL BALADO, CHOCOLATE CRUNCH, MIMI

Tempoh Sah Laku Sijil
24 SEPTEMBER 2010


SENARAI PREMIS YANG TELAH TAMAT TEMPOH SAH LAKU SIJIL HALAL


PREMIS MAKANAN/RESTORAN


PALM CAFÉ
HOTEL SANDAKAN
4TH AVENUE, BLOK 83, LEBOH 4,
SANDAKAN, SABAH
TEL: 089-221122 (O) 089-221100 (F)

RESTORAN HOTEL

21 MAC 2009
LOGO:0288
SIJIL:00099

Sumber : http://www.sabah.gov.my/HalalSabah/

Tuesday, May 19, 2009

Ke Arah Lebih Agresif dan Mantap

Senario hari ini telah meletakkan PAS di persada politik arus perdana serta mendapat kepercayaan bukan sahaja daripada kaum Melayu Islam bahkan telah berjaya meraih sokongan daripada golongan bukan Islam.

Anjakan paradigma dan perubahan sokongan rakyat Malaysia kepada Parti Islam ini khususnya di Semenanjung perlu digerakkan menyeberangi Laut China Selatan sehingga berakar umbi di bumi Sabah dan Sarawak. Ini adalah harapan dan cita-cita yang begitu besar.

Justeru, dengan pimpinan baru PAS Kawasan Sandakan yang telah diberi amanah, perlu segera melangkah dengan lebih agresif dalam melaksanakan program dan gerak kerja. PAS Kawasan Sandakan tidak boleh lagi menoleh ke belakang atau sekadar 'tunggu dan lihat' atau terbawa-bawa dengan kelekaan dan kemalasan.
Seterusnya kenalpasti strategi dan perancangan agar menepati latar budaya setempat dan meminimakan halangan yang ada. Jadikan kekangan dan kekurangan sebagai satu cabaran yang perlu didepani, bukan menghindarkan diri, serta jangan sekali-kali menganggapnya sebagai tembok penghalang.

Selaras dengan cita-cita untuk merasa kebersamaan dengan suasana politik peringkat nasional, PAS Kawasan Sandakan bakal menggerakkan jenteranya dengan lebih agresif untuk mengumpul dan menambah keahlian PAS tidak lama lagi.

Para petugas PAS Kawasan Sandakan yang merangkumi Dewan Pemuda dan Muslimat akan turun ke medan dengan pelbagai program dan aktiviti bagi merealisasikan matlamat perjuangan ini.

Semoga dipermudahkan oleh Allah dalam melaksanakan gerak kerja perjuangan ini.

Friday, May 15, 2009

Tazkirah Jumaat : Mengambil Iktibar Watak Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar

Oleh: Ustaz Zainudin Hashim

Bagi pengamal sirah para sahabat r.a., akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khilafah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. iaitu antara Khalifah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Umar bin al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.


Ini kerana ada yang ulama sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadis di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Sayidina Abu Bakar sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Sayidina Umar pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.

Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.

Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.

Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah s.a.w. tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar dan Umar dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Sayidina Abu Bakar mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.

Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Sayidina Umar pula. Umar juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.

Rasulullah s.a.w. tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi:
"Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Umar menepati ayat yang telah Allah tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Umar, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.

Setelah kewafatan baginda Rasulullah, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Sayidina Abu Bakar dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahanan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid menjadi pilihannya, kerana Khalid adala individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.

Ringkasnya, apabila Sayidina Abu Bakar meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Umar kepada Khalid, kerana Umar tahu bahawa beliau dan Khalid mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Sayidina Umar melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar.

Maknanya, kedua-dua Sayidina Abu Bakar dan Umar memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah s.a.w. yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.

Maka dalam PAS juga yang menyifatkan dirinya Islamik, sudah tentu tidak boleh membebaskan dirinya daripada kedua-dua elemen penting itu yang mampu melonjakkan sebagai sebuah gerakan Islam, ia tidak berkecuali apa yang pernah terjadi kepada pimpinan Gerakan Ikhwan Muslimun dalam menentukan sikap mereka terhadap perjuangan Syiah, ada yang berlembut dan ada yang tegas menolak untuk berbaik dengan Syiah.

Dalam senario politik tanah air, banyak yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini oleh pihak tertentu mengenai keperibadian kedua-dua tokoh tertinggi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), iaitu Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seolah-olah suatu kecenderungan mahu melaga-lagakan antara mereka berdua. Bagi yang telah mengikuti huraian di atas, maka tidak akan ada lagi spekulasi yang membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.

Sebenarnya perbuatan seumpama itu akan merugikan perjuangan parti sendiri. Apa yang penting kita memiliki panduan iaitu al-Quran, jika sesuatu berita itu dilihat cenderung ke arah melaga-lagakan tokoh pimpinan PAS yang berusaha untuk mendaulatkan Islam, anggaplah ia sebagai sebuah berita yang didatangkan oleh golongan yang fasik, maknanya berita itu perlu diselidiki terlebih dahulu kesahihannya seperti yang diarahkan Allah untuk berbuat demikian menerusi ayat 6 surah al-Hujurat:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah selidiki dengan teliti terlebih dahulu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."

Sebagai kesimpulan, bagi menjernihkan keadaan di kalangan ahli-ahli parti lebih-lebih lagi menjelang 'Muktamar Tahunan PAS' pada Jun depan dalam suasana pemilihan pucuk pimpinan parti, adalah diharapkan agar setiap perwakilan dapat menggunakan kewarasan cara berfikir dengan tidak bertindak secara melulu, lebih-lebih lagi isu yang mengaitkan ketokohan kedua-dua pimpinan tertinggi PAS yang semakin panas di dada akhbar dan laporan siaran berita yang mempunyai agenda tersendiri.


Sumber : HarakahDaily.Net

Monday, May 11, 2009

MUHASABAH SEBAGAI LANGKAH PERTAMA

Oleh : Ketua Penerangan PAS Kawasan Sandakan

Pada hari ini, PAS memainkan peranan yang cukup besar dalam memacu ummah ke arah menghasilkan kehidupan berkualiti yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Dalam menggerakkan perjuangan bagi menggapai matlamat suci ini, sejarah merakamkan perjuangan PAS telah melalui pelbagai pengalaman pahit getir, suka duka, dan tidak kurang juga dengan kemenangan demi kemenangan kurniaan Allah SWT.
Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh PAS hatta golongan bukan Islam yang selama ini ditakut-takutkan dengan PAS, kini mula menjinakkan diri dan boleh menerima apa yang dibawa oleh PAS.

Itulah gambaran ringkas perjuangan PAS di Malaysia khususnya di negeri-negeri di Semenanjung.

Cabaran PAS Sandakan

Berbeza di bumi Sabah ini amnya dan Sandakan khususnya… perjuangan PAS masih di peringkat tidak mampu membuka mata masyarakat, apatah lagi masyarakatnya yang tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup. Masyarakat yang dilazimkan dengan pelbagai keseronokan dan kelalaian dunia. Masyarakat yang dihidangkan dengan beraneka bentuk hiburan yang melalaikan dan jauh sekali menjadikan Islam sebagai paksi kehidupan.

Kita tidak salahkan mereka yang sudah terbiasa dengan kehidupan sebegitu. Banyak faktor yang mencorakkan kehidupan mereka. Kurangnya gerakan untuk memahamkan umat Islam di Sandakan ini dengan ilmu-ilmu Islam, persekitaran yang bercampur baur antara yang halal dan haram, ditambah lagi dengan pengaruh dan gerakan kristianisasi yang begitu rancak, melambatkan lagi usaha untuk mengembalikan kehidupan mereka ke arah menjadikan Islam sebagai anutan dan rukun hidup.


Namun tidak dinafikan kefahaman dan keinginan untuk kembali kepada kehidupan yang diredhai telah mula bersinar. Kegelapan malam bakal berakhir. Tinggal lagi, kita perlu segera dan tidak berlengah dalam merebut ruang dan peluang yang terbuka. Inilah saatnya pejuang-pejuang Islam yang cintakan keredhaan Allah turun ke medan merancakkan gerak kerja penyebaran dakwah untuk mengukuhkan pegangan dan penghayatan mereka akan nilai-nilai dan hukum Islam dalam kehidupan.

Seterusnya memberi kefahaman yang jelas tentang perjuangan dan intipati politik Islam yang digerakkan oleh PAS.

Kekuatan yang ada

Sebenarnya sudah dua dekad PAS berperanan menyemai benih Islam dalam masyarakat di bumi Sandakan iaitu melalui pendidikan pra-sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Kini PASTI yang beroperasi di Sandakan berjumlah 10 buah cawangan yang saban tahun melahirkan pelajar yang mampu menguasai asas kefahaman dan kecintaan kepada Allah dan Rasul. PASTI berupaya melahirkan generasi al-Quran yang terbina di dalamnya sahsiah dan keperibadian mulia.

Masyarakat di Sandakan ini sudah begitu mengenali PASTI dan kecemerlangannya. PASTI merupakan salah sebuah entiti pendidikan pra sekolah yang cukup diminati di Sandakan. Sambutannya cukup hebat bahkan berjaya menarik minat kaum bukan Islam untuk menghantar anak mereka ke PASTI. Dan setiap kali PASTI mengadakan apa jua program, sudah pasti kehadiran ibu bapa dan masyarakat sekitarnya amat membanggakan walaupun kadang-kadang pandangan zahirnya, penampilan mereka tidak mencerminkan ibu bapa kepada pelajar PASTI.

Begitu juga dengan gerak kerja dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Dewan Pemuda PAS Sandakan (DPPKS). Sejak beberapa tahun yang lalu, DPPKS ini telah menyusur di landasan perjuangan dengan pelbagai program dan gerak kerja , sama ada peringkat dalaman mahupun terjun di tengah-tengah masyarakat.

Program pemantapan dan pentarbiyahan pemuda berjalan dengan lancar dan tersusun sepanjang tahun. Usrah dan Qiamullail jama’i merupakan rutin mingguan pemuda. Mereka sudah biasa dengan kerja-kerja amal dan program kemasyarakatan di Sandakan ini, walaupun selama ini banyak program yang diatur berselindung di balik nama NGO.
Tetapi kini sudah tiba masanya untuk mereka menzahirkan diri sebagai pemuda PAS yang disegani. Mereka sudah siap siaga untuk terus berperanan dan berbakti dalam masyarakat.

Fokus PAS Sandakan

Dalam mengorak langkah, bangun dari lena yang panjang... PAS Kawasan Sandakan perlu menyediakan satu kerangka kerja atau frame work bagi menyahut seruan untuk memasyarakatkan PAS di Sandakan. Agar PAS tidak lagi dilihat lesu dan diperlekehkan. Walhal PAS mempunyai kekuatan yang amat besar iaitu Allah dan Rasul, al-Quran dan Sunnah sebagai dasar perjuangan.

Dengan kerangka kerja yang fokus dan tersusun ini, mampu menafikan pandangan sesetengah pihak bahawa PAS tiada ruang dan tenaga untuk beraksi di pentas perjuangan di bumi Sabah ini.

Dengan perubahan kepimpinan di peringkat kawasan baru-baru ini, dan dengan munculnya YDP baru yang berwibawa dan mempunyai iltizam yang tinggi, diharapkan PAS Sandakan mampu memainkan peranan dan bersedia untuk menyemarakkan perjuangan Islam di bumi yang mendapat jolokan little Hong Kong ini.

Antara fokus yang perlu disegerakan ialah ;

1- Agenda pemantapan organisasi
2- Strategi mengumpul dan mendaftarkan keahlian baru
3- Memperbanyakkan program kemasyarakatan.


Jika 3 fokus utama ini berjaya digarap dengan berkesan, InsyaAllah PAS Kawasan Sandakan akan lebih bertenaga untuk terus menyusun langkah-langkah perjuangan sehingga mampu memberi kefahaman agar masyarakat Sandakan memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Sehingga mereka bukan hanya menerima Islam sebagai agama anutan bahkan sebagai cara hidup yang syumul.

Justeru, penerimaan umum atau public accepted adalah suatu perkara yang amat penting. Dan PAS Sandakan perlu berusaha ke arah itu demi mencapai cita-cita tertinggi mendaulatkan Islam di muka bumi ini.

Wallahu a’lam.



ILTIZAM SEMARAKKAN PERJUANGAN

Nizar MB Perak, permohonan tangguh keputusan oleh Zambry ditolak

Harakahdaily Mon May 11, 09 4:10:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia diumumkan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim.
Menurut Abdul Aziz, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato' Stephen Kalong Ningkan.

Sementara itu permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi mengemukakan rayuan ditolak mahkamah.
Hakim Abdul Aziz dalam penghakiman yang dibacakan mulai jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 2.50 petang tadi berpendapat, Sultan Perak sepatutnya menitahkan Dewan Undangan Negeri Perak bersidang bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar selaku Menteri Besar.
Sambil merujuk kepada kes duluan (precedent) membabitkan Dato' Stephen Kalong Ningkan di Sarawak, beliau berpendapat Menteri Besar baru tidak wajar dilantik selagi Menteri Besar sedia ada belum meletakkan jawatan.
Beliau juga berpuashati bahawa Nizar tidak pernah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah seperti didakwa para peguam Zambry.
Para peguam Nizar dalam penghujahan mereka sebelum ini menegaskan bahawa jika Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah, beliau akan mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Pakatan Rakyat dan BN kini masing-masing mempunyai 28 kerusi di Dun Perak.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, PAS, DAP dan KeADILan yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat memenangi 31 daripada 59 kerusi Dun Perak.
Bagaimanapun tiga Adun Pakatan Rakyat pada 4 Februari lalu telah mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas dan menyokong BN selepas hilang secara misteri selama lima hari.
Nizar ketika ditemui pemberita berkata akan segera memohon menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan membubarkan Dun Perak dan membuka laluan kepada pilihan raya negeri bagi mendapatkan mandat baru rakyat.
Nizar memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Beliau dilantik Menteri Besar pada 17 Mac 2008.
Bagaimanapun ekoran tindakan khianat tiga Adun Pakatan Rakyat itu, BN yang mendakwa mendapat majoriti di Dun Perak telah menghadap Sultan bagi membentuk kerajaan negeri.
Tidak memperkenankan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun, Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.
Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam Dun dan beliau juga tidak meletak jawatan.
Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.
Nizar diwakili Sulaiman Abdullah, Mohamed Hanipa Maidin dan beberapa peguam kanan.- tajdid _

Saturday, May 9, 2009

Polis Cabul Sidang DUN Perak, Sivakumar Masih Speaker

Debra Chong Sat May 09, 09 5:00:15 am MYT

SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul.

Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah.
"Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampai bagaimana it boleh menjadi sah," jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider.

Prosedur diragui
Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui.

"Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.
"Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.

Versi bercanggah
Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung.

Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan.
"Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.

Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.

Polis bukan agen parti politik
"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.
Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.

"Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah.

"Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan-? ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."
Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?"

Bila sidang bermula?
"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.

Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.

Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.

Terus buntu
"Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa.

"Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut."

Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang."
Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".

Cara salah pilih Speaker
"Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu.
Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya.

Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perakmembubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.

Undang-undang tak boleh selesai masalah
"Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya.
"Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?"
"Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya.

Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan.
"Saya tak fikir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya.
----
Tulisan dari The Malaysian Insider ini diterjemah oleh Shirzad Lifeboat _
Sumber : HarakahDaily.Net

DUN Perak 7 Mei - Penjelasan Nizar Bhg 1 & 2









Thursday, May 7, 2009

Mahkamah tolak perintah tahanan reman Mohamad Sabu

Irwan Muhammad Zain Foto Nasir Sudin Thu May 07, 09 6:31:16 pm MYT


KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Mahkamah Majistret Tanjung Malim petang tadi menolak permohonan tahanan reman polis terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Mohamad dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan.
Menurut peguam yang mewakili beliau, Aminuddin Zulkifli mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberikan oleh pegawai penyiasat.


Pegawai penyiasat mengatakan mereka memerlukan masa untuk menyiasat Mohamad yang dituduh melakukan hasutan supaya orang ramai menggagalkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak hari ini.


Pasukan peguam Mohamad Sabu kemudiannya membantah tuduhan tersebut kerana tertuduh hanya menyeru orang ramai supaya hadir ke majlis solat hajat dan doa munajat memohon agar Perak terus aman.


Laporan maklumat pertama (FIR) terhadap Mohamad Sabu dibuat oleh Ketua Polis Perak sebelum beliau ditahan secara misteri petang semalam di Kuala Lumpur. - mns _


Sumber : HarakahDaily.Net

Krisis Perak : BN angkuh, tidak hormat undang-undang - Presiden PAS

Wan Nordin dan Azamin Amin Thu May 07, 09 4:29:13 pm MYT
IPOH,7 Mei (Hrkh)- PAS sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) dan dalam Dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)


Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily melalui Setiausaha Politik, Dr Shamsuri.
"Pada kali ini, bukan sahaja para penyokong dan pimpinan parti dari Pakatan Rakyat yang ditangkap, tetapi beberapa ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat negeri Perak juga telah ditahan,"katanya.

Peristiwa yang berlaku ini adalah berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak menghormati undang-undang,ujarnya.
BN juga ujar Presiden PAS bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.

"PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.
Pagi tadi, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah ditangkappolis semasa beradaberhampiran di Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dun Perak.

Antara yang ditahan ialah, Ketua Pemuda PAS,Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S.Jayakumar dan beberapa Adun serta 30 orang awam./wann _

Sumber : HarakahDaily.Net

HALA TUJU PAS - Vol 1


Muqaddimah



Apabila kita bercakap mengenai hala tuju PAS selayaknya kita melihat terlebih dahulu matlamat , objektif , misi , visi dan manhaj perjuangan yang digerakkan oleh PAS.


Namun begitu , sebelum saya membawa sahabat semua jauh ke dasar dalam membincangkan hala tuju PAS ini , apakah ianya satu hala tuju yang baik , terang , nyata serta tidak meragukan atau sebaliknya , hala tuju yang pudar , kabur lagi meragukan . Maka terlebih dahulu saya menjelaskan bagaimana kedudukan diri saya dalam isu ini.


Harap sahabat dapat bersabar meneliti perbahasan yang mungkin sampai kepada lima siri atau lebih [ Hala Tuju PAS vol (1) - (2) - (3) - (4) - (5) ....... ] , kerana saya tidak mahu menulis terlalu panjang untuk satu - satu posting disamping saya juga berdepan dengan kekangan waktu yang telah dianyam dengan pelbagai aktiviti dakwah dan jihad yang lain.


Manhaj Pemikiranku

Apabila saya menegur dan mengkritik bukan saja saya mesti bersedia untuk menerima respon balas ( dalam bentuk penghujjahan positif atau negative ) dari pihak yang dikritik , tetapi juga saya mestilah jujur dan benar dalam teguran dan kritikan yang dilontarkan. Malah saya jua mesti terikat dengan etika mengkritik sekalipun berhadapan dengan kemungkinan hujjah balas yang tidak beretika dan berdisiplin.

Ianya tidaklah bermakna hanya saya yang benar . Berkemungkinan besar saya salah dan silap dalam mengemukakan pandangan dan setiap kali saya berbeza pendapat dengan pihak lain , apa yang saya harapkan agar Allah menunjuk jalan-Nya yang benar.
Inilah prinsip yang akan terus saya "genggam" bersama sedikit nikmat ilmu anugerah Allah .Tidak senang sebenarnya untuk mengkritik , justeru kritikan adalah melahirkan rasa tidak setuju terhadap pihak lain yang berkemungkinan boleh mengguris perasaannya dan mungkin juga boleh mengendurkan tali persahabatan yang telah lama terjalin.

Namun begitu , selamanya saya tidak boleh berdiam diri terhadap suatu yang saya tidak bersetuju dengannya . Terutama dalam perkara yang melibatkan penyelewengan fakta , kekeliruan maklumat , tuduhan tanpa bukti , fitnah tanpa asas dan keangkuhan yang berpanjangan.

Lantaran itu , sebagaimana saya mesti tabah , terbuka dan berhati – hati dalam menatah kalimah bernada kritikan , saya juga sangat mengharapkan pihak lain ( yang dikritik ) tidak cepat melatah , berjiwa besar , jujur dalam menilai dan apa yang paling penting ialah , tidak menganggap kritikan itu sebagai satu peluru yang membunuh nilai persahabatan dan juga nilai keintelektualan atau kesarjanaan.
Saya percaya jika yang dikritik itu bertaraf sarjana , sebagaimana ia tidak mudah tewas hujjah begitulah seharusnya ia tidak mudah terpengaruh dengan elemen – elemen yang mengheretnya ke medan pergaduhan atau perbalahan yang menimbulkan rasa benci di hati dan kecewa di jiwa.
Sebaliknya ia mestilah sangat menghormati kritikan dan pandangan pihak lain biarpun ia menganggap kritikan itu hanyalah hujah picisan atau pandangan yang dangkal (sebab kita boleh tidak menerimanya), justeru menghormati pandangan dan kritikan pihak lain adalah suatu sikap terpuji dan selayaknya itulah penampilan seorang sarjana.


الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنةأولئك الذين هدا هم الله و أولئك هم أولوا الألباب


18. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan Yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan Yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang Yang berakal sempurna.
Surah az Zumar . Ayat : 18


Sikap tidak menghormati hujjah dan kritikan pihak lain hanya mempamerkan keangkuhan dan keegoan diri yang mungkin "teruja" dengan pencapaian ilmunya atau anugerah kesarjanaannya. Soalnya , apakah hujjah dari pihak kita sahaja menepati ciri – ciri ilmiyyah sedang hujjah dari pihak lain dinilai picisan biarpun sarat dengan hujjah dan dalil?

Saya suka membawa pendekatan para sarjana agong dalam sejarah peradaban Islam . Ternyata mereka sangat tinggi disiplin dalam menangani khilaf dalam apa jua isu , terutama dalam isu – isu yang tidak menjejaskan aqidah.

Ilmu dan tawadhu' ( merendah diri ) menjadi asas disiplin tersebut disamping mereka mengetengahkan adab – adab ikhtilaf yang cukup wibawa dan berkualiti.

Lihat sahaja bagaimana imam – imam mazhab mengendalikan khilaf dikalangan mereka . Biarpun mereka menafikan sekeras – kerasnya hujjah pihak lain , tidak sedikit pun mencalarkan penghormatannya terhadap orang yang mereka kritik apatah lagi meremehkan hujjah pihak lain.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata terhadap imam As-Syafii;


كانَ أفْقَهُ النَّاسُ فِىْ كِتابِ اللهِ وَ سُنَّةِ رَسُوْلِهِ


“Beliau (Imam As-Syafii) adalah manusia yang paling faqih (paling faham) tentang Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya ”



Lihat : Tarikh at-Tasyri’ al-Islami. hlmn 312.
(karangan As-Subki, As-Sais dan Al-Barbari, di ta’liq oleh Dr ‘Alauddin Za’tari)



Imam Ahmad bin Hanbal juga ada menyebut;



ما عرفتُ ناسِخَ اْلحَدِيْثِ مِنْ مَنْسُوْخِهِ حَتَّى جَالَسْتُ الشَّافِعِى


“Aku tidak mengetahui nasikh hadis daripada mansukhnya melainkan aku duduk bersama As-Syafii ”

Lihat : Tarikh at-Tasyri’ al-Islami. hlmn 312.
(karangan As-Subki, As-Sais dan Al-Barbari, di ta’liq oleh Dr ‘Alauddin Za’tari)


Mereka berkhilaf di atas pentas ilmu yang dihiasi dengan keikhlasan dan ketaqwaan bukan semangat menegakkan benang basah dan bersikap prejudis terhadap pihak lain .
Wajarnya disiplin mereka dalam menangani medan perbahasan dan penghujjahan ini diterima pakai dalam setiap pertikaian antara kita dewasa kini.
Saya akur , bahawa khilaf tidak mungkin boleh dihapuskan . Terlalu banyak punca dan sebab yang menghela ke arah khilaf . Perbedaan latar belakang menuntut ilmu sudah cukup meletakkan para ilmuan ini berkhilaf antara mereka . Tahap pencapaian ilmu, perbedaan manhaj dan method , jurang usia , perbedaan zuruf ( suasana ) , perbedaan kefahaman dan ( maslahah ) kepentingan turut menjadi penyumbang penting berlakunya khilaf.

Kita tidak perlu sempit dada dan sesak nafas dengan fenomena ini . Ianya sihat malah terlalu sihat andainya para ilmuan Islam ini dapat menanganinya dengan disiplin khilaf yang tinggi dan baik.


Manhaj perjuanganku

Sepanjang saya melibatkan diri dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) , bersama pengalaman gerakkerjanya mendepani segala cabaran dan isu ummah menjadikan saya sangat sayang terhadap perjuangan islam yang suci ini.
Walaupun PAS adalah sebuah parti politik , pada saya ia adalah sebuah gerakan Islam yang melaksanakan tanggungjawab kearah mendaulatkan syariah Ilahi di atas tanahair ini. Justeru itu , hingga saat ini saya tidak pernah merasakan saya orang politik.

Sebaliknya saya hanya seorang anggota sebuah gerakan Islam yang menjalankan tugas untuk mendaulatkan syariat Allah , memartabatkan ummah , berdakwah memahamkan masyarakat dan gerakkerja politik adalah sebahagian dari tugas yang wajib saya laksanakan.
Dasar perjuangan PAS sangat jelas , segalanya untuk islam . Saya antara yang diamanahkan untuk memimpin dan mentarbiyyah anggota parti , bukan saja bertanggungjawab ke atasnya tetapi sangat masak terhadap perjalanan parti ini.

Modul dan manhaj yang digunakan adalah untuk melahirkan anggota atau jundi yang ikhlas berjuang dan faham tanggungjawab serta amanah melaksanakan tugas sebagai pejuang islam atau ansarullah.
Saya sangat pasti akan ketulenan sumber dan keaslian maraji’ ( tempat dan bahan rujuk ) perjuangan Islam bersama PAS yang saya dokong ini bahawa ia bersih dari segala penyimpangan aqidah dan penyelewengan fikrah yang membawanya keluar dari manhaj ahli sunnah wal jamaah.

Saya tidak dapat nafikan , dalam jumlah keanggotaan yang mencecah setengah juta ahli , tentu sahaja ada anggota parti yang “ kebal tarbiyyah ” dan “ tidak makan saman ” , namun mereka masih menjalani proses pengambilan skima tarbiyyah secara berperingkat. Biarpun tidak secara rasmi , tetapi ia akan banyak mempelajari selok belok perjuangan melalui keistiqamahannya bersama perjuangan ini.

PAS sangat tegas terhadap sebarang penyelewengan dan penyimpangan yang merosakkan prinsip perjuangan Islam dokongannya. Pemimpin atau ahli parti yang terlibat akan dikenakan tindakan melalui proses tata tertib dan disiplin parti.

Lantaran itu , bukti sangat diperlukan dalam apa jua tuduhan dan prasangka bahawa PAS dan anggotanya menyeleweng dari perjuangan Islam dan manhaj ahli sunnah wal jamaah. Sebagai contoh , tuduhan atau tanggapan bahawa hala tuju PAS tidak jelas dan meragukan . Melemparkan tanggapan negatif dan memasang prasangka tanpa asas bukti adalah suatu yang sangat mengecewakan dan pasti mengguris perasaan saya.
Apalagi menuduh PAS akan bersekongkol dengan UMNO dan BN atau menuduh Dato' Seri Tuan Guru Presiden mengadakan hubungan sulit dan ingin membawa PAS masuk UMNO. Secara prinsipnya saya melihat tuduhan itu sangat tidak benar dan tidak pula mempunyai asas kecuali dilihat sebagai “ melepas geram ” terhadap kepimpinan Dato' Seri Tuan Guru Presiden .
Persoalannya , apakah wajar rasa tidak senang umum terhadap individu dalam parti lalu menjustifikasikan parti . Boleh menuduh , tetapi disiplinnya menuntut bukti dan saksi.


Nasihat buat rakan seperjuanganku

Pun begitu, nasihat saya untuk diri saya dan buat rakan – rakan seperjuangan jua mereka yang memimpin saya dalam parti ini agar konsistan dengan amal Islami bersama akhlak murni yang menjadi asas keperibadian seorang pejuang.

Kita pejuang bukan pemberontak . Kita pendakwah bukan penghukum . Responsif terhadap isu ummah tetapi tidak melatah terhadap provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab. Hulurkan tangan “ membimbing ” biarpun lidah tegas menentang dan menegur kedholiman . Yang hak dikata hak dan yang bathil dikata bathil.

Sampaikan salam perjuangan dan persahabatan kita buat madu’u serta bukalah pintu enggagement kita buat semua. Namun pintu harus ditutup buat pengkhianat yang mengkhianati perjuangan suci ini.

Tegurlah saya andai saya silap, bimbinglah saya andai saya tersasar dan bantulah saya andai saya benar . Apa yang saya cari , ialah Damai buat Ummat Ini.



bersambung ke : Hala Tuju PAS . vol 2


Wednesday, May 6, 2009

BERITA PANAS



Mohammad Sabu Dicekup Polis

NAIB Presiden Pas, Mohammad Sabu ditangkap polis kira-kira jam 3:00 petang tadi. Tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis yang berpakaian biasa di hadapan sebuah restoran berhampiran hospital Tawakal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.
Mohammad dikatakan baru saja keluar dari sebuah kedai mamak selepas makan tengah hari dan ditangkap sebaik beliau ingin menyeberang untuk menuju ke pejabat Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaafar yang terletak kira-kira 100 meter dari situ.
Tangkapan itu menjadi perhatian para pelanggan dua restoran berdekatan. Orang ramai juga panik dan terkejut dengan cara polis memberkas Mohammad.

Ketika kejadian itu, berkebetulan Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub bersama seorang rakan bernama Ali Maidin berada di restoran berdekatan dan bergegas mendapatkan Mohammad apabila mendengar jeritannya yang menmberi tahu ditangkap polis.
Menurut saksi mata, dua orang anggota polis berbadan tegak menarik tangan Mohammad dan menolak masuk ke dalam kereta Toyata berwarna putih. Di dalam kereta sedia menunggu dua orang anggota lain termasuk perempuan.
Sallahuddin dan Ali cuba menyelamatkan Mohahmmad tetapi gagal.
Sallahuddin yang ditemui selepas itu menceritakan kejadian ala-ala drama itu dalam tempoh tidak sampai lima minit. Beliau yang sempat bertarik dengan polis untuk menyelamatkan Mohamad menunjukkan lengannya yang merah dan lebam.
Penangkapan Mohammad dipercayai ada kena mengenai dengan rencana tunjuk perasaan memprotes sidang DUN Perak esok. Malam tadi seorang aktivis soaisal Wong Chin Huat telah ditangkap di bawah akta Hasutan 1948 dikatakan berhubung tunjuk perasaan berkenaan. [jln pahang 4:14 pm 06/05/09]
Sumber : http://msomelayu.blogspot.com/2009/05/mohammad-sabu-dicekup-polis-naib.html

Antara Amanah dan Harapan

Salam Perjuangan...

Segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT pencipta, pemilik, penguasa, pemerintah alam semesta... dan hanya kepada-Nya Tuhan yang wajib disembah, digeruni, diibadati dan kepada-Nya segala pergantungan.

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, pembawa cahaya kebenaran menerangi seluruh pelusuk kegelapan dengan cahaya Iman dan Islam. Seterusnya ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh kaum muslimin dan muslimat pencinta kebenaran.

Pertama dan untuk selamanya... setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas segala kurniaan-Nya.

Sebagai orang yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk membangunkan blog PAS Kawasan Sandakan ini, saya memohon kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan. Namun atas rasa kecintaan pada perjuangan suci ini, saya akan gagahkan diri, kumpulkan segenap kekuatan dan minimakan segala kekangan dan halangan. InsyaAllah.

Amanah yang Tergalas

Pada hujung April yang lalu, PAS Kawasan Sandakan mencatat perubahan yang besar dalam pembentukan pimpinan baru untuk sesi 2009 - 2011. Boleh dikatakan rombakan yang besar dan begitu drastik dengan sebulat suara dan satu tekad.

Saf kepimpinan baru ini walaupun dalam kuantiti dan kualiti yang terbatas, namun ianya tidak sedikit pun menjadi halangan untuk mara ke medan perjuangan. Ini bukan kata-kata takbur, jauh sekali bicara yang penuh dengan kesombongan. Kami berlindung kepada Allah SWT dari itu semua.

Menerima amanah perjuangan khususnya di bumi Sandakan yang tandus dengan benih kesedaran Islam ini, bermakna menggalas tugas yang amat berat, yang memerlukan suatu iltizam yang padu, yang sanggup mengenepikan segala halangan dan ancaman. Memerlukan kesatuan fikrah dan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang tidak kurang sedikitnya.

Kesanggupan ini adalah semata-mata kerana Allah SWT... semata-mata cintakan agama-Nya... semata-mata untuk meninggikan Islam dan meletakkannya di tempat selayak baginya. Dan kita mesti tanamkan dalam jiwa bahawa... ini bukan kerana terpaksa tetapi jika bukan kita yang memilihnya, jika kita tidak bersedia untuk menyahut seruan untuk menolong agama-Nya... ketahuilah nescaya Allah SWT akan memilih golongan lain untuk diberi ganjaran pahala dan ketinggian darjat di sisi-Nya.

Justeru... walaupun dengan segala kekurangan dan kepayahan, biarpun terpaksa merangkak, kami tetap bertekad untuk berada di landasan ini. Bayi yang sedang membesar... yang merangkak lambat laun mampu berdiri dan berlari. Apatah lagi kita yang meletakkan pergantungan yang tinggi kepada-Nya dalam menjadikan kerja-kerja perjuangan Islam yang diasaskan oleh Baginda Junjungan sebagai satu amanah dan kewajipan. InsyaAllah kita akan diberi kekuatan oleh-Nya.

Kami menyeru kepada seluruh pencinta kebenaran, penyokong dan pendokong perjuangan Islam khususnya di bumi Sandakan... bangkitlah.. bantulah... bersamalah kita dalam menegak dan mendaulatkan Islam dengan menjadikan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai wadahnya.


Wassalam.

Monday, May 4, 2009

Keahlian PAS

Syarat-syarat

Adapun syarat untuk menjadi seorang ahli PAS itu ialah:

- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- ‘Aqil baligh menurut Hukum Syara’
- Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan
keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa
- Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat
kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan.


Permohonan

1. Seseorang yang hendak menjadi ahli PAS mestilah menghantar permohonan kepada Setiausaha Cawangan di mana is berkehendak masuk menjadi ahli, kecuali jika ada sesuatu sebab yang munasabah maka bolehlah dilakukan seperti berikut:

- Di mana-mana tempat yang tidak ada cawangan hendaklah dihantar terus kepada
Setiausaha Kawasan ataupun;

- Di mana-mana tempat yang tidak ada Cawangan dan/atau Kawasan hendaklah ia
menghantar terus permohonan kepada Setiausaha Agung PAS bagi menjadi ahli PAS
yang berdaftar terus.

- Dengan tidak mengindakan apapun yang terkandung dalam butiran-butiran di atas
dalam Fasal ini, maka Setiausaha Agung dalam keadaan dan sebab-sebab yang
tertentu bolehlah menerima sebarang permohonan menjadi ahli yang berdaftar terus
ke Pejabat Agung.

2. Sebarang permohonan menjadi ahli PAS hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

3. Tiap-tiap sekeping borang itu hendaklah ditandatangani atau dengan apa-apa keterangan oleh pemohon itu, dan juga oleh seorang ahli yang menjadi pencadang dan seorang ahli yang menjadi penyokongnya. Kedua-dua orang yang menjadi pencadang dan penyokong itu hendaklah tahu benar-benar akan orang yang memohon itu.


Hak dan Kewajipan Ahli

1. Hak-hak ahli ialah :

- Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana
jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.

- Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut
ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan
dan Peraturannya.

- Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan
rapat-rapat parti.

- Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.

- Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti
mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada
bila-bila masa ada usul yang demikian.

2. Kewajipan-kewajipan ahli :

- Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa.

- Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum
atau khusus.

- Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau
perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan.

- Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan
hukum-hukum Islam.

- Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam
atau di luar negeri.

- Pada ‘amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.

3. Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah Kawasan PAS dan berkewajipan untuk mengemukakan satu permohonan bertulis untuk berpindah Kawasan dengan keterangan-keterangan yang perlu kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan yang berkenaan itu.

4. Setiap ahli PAS yang berdaftar terus ke Pejabat Agung juga berhak memohon menjadi ahli sesebuah kawasan PAS dengan memohon mengikut kaedah yang sama yang disebutkan dalam ceraian (3)(a) Fasal ini.

5. Setiap ahli PAS yang berpindah Kawasan itu tidak berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kawasan barunya melainkan setelah mendapat akuan kelulusan berpindah Kawasan dari Setiausaha Agung.

Sejarah Parti Islam se Malaysia (PAS)

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satupersidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ darimatlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.

1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan OrganisasiDalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party ofMalaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

Saturday, May 2, 2009

PENGUMUMAN

Assalamualaikum... dan salam perjuangan.

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Pada hari ini 03 Mei 2009, blog PAS Kawasan Sandakan telah berjaya dibangunkan. Atas kesedaran akan pentingnya alam maya sebagai salah satu wacana untuk menyampaikan maklumat dan penyebaran dakwah, maka PAS Kawasan Sandakan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikannya.

Alhamdulillah.. kini blog PAS Kawasan Sandakan telah muncul dan akan memainkan peranan sewajarnya. InsyaAllah.

Wassalam.